in ,

Mimpi Menjadi Kenyataan!

Sumber gambar disneyparks.disney.go.com

Impian penting dalam memotivasikan diri untuk menjadi seorang yang berjaya. #Lunagirls ada tak impian, macam membanggakan ibubapa dengan result peperiksaan ke? Mestilah ada kan, cuma kekadang tu impian kita tak tercapai sebab masalah yang Ummi senaraikan ni…

TIDAK SERIOUS 

via GIPHY

Bila korang semangat nak study atau nak buat sesuatu, teruskan jangan pula hangat-hangat taik ayam. Jangan biar sifat malas berleluasa and korang kena fokus! #Lunagirls, cuba realisasikan satu impian korang, masih sempat lagi untuk korang berazam! Maybe, korang boleh start dengan buat jadual harian dan patuhinya.

DENGAR KATA ORANG LAIN 

Sumber Gambar:https: https://www.nona.my

Pastinya orang akan berkata- kata dan melemahkan semangat kita dari terus capai impian. #Lunagirls please jangan pedulikan apa kata orang! Korang kena menjauhi toxic people dan orang yang nak tengok korang jatuh! Dekatkan diri korang dengan orang yang memberi kekuatan dan kata-kata semangat.

TERLALU BANYAK IMPIAN 

via GIPHY

Korang ada banyak impian yang nak capai?  Tak salah untuk ada banyak, tapi Ummi nasihatkan kalau boleh girls, kita lakukan satu persatu, mana yang lebih penting. Kalau tahun ni korang akan ada peperiksaan yang besar seperti SPM dan PT3, apa kata fokus pada pelajaran dulu okay!

JANGAN BERKONGSI 

Sumber Gambar: http://girlzowey.blogspot.com

Bercerita mengenai impian korang kepada orang lain adalah sesuatu yang bagus, mungkin ada yang akan support kita dengan memberi motivasi. Tapi bagaimana pula kalau berjumpa yang akan memberi kata negative kepada kita? Mesti korang akan down, jadi Ummi tak sarankan untuk korang bercerita, simpan dan usaha lepas tu buktikan!

Impian ni dapat dicapai sekiranya kita mempunyai keyakinan yang tinggi di dalam diri. Jangan sesekali putus usaha, jangan dengar kata-kata orang, berdoa, usaha dan percaya bahawa kita boleh!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#Lunagirls ARMY Baru? Jom Kenal Dengan BTS!

Kawasan Yang Girls Kena Elak!