in ,

Meriahkan Setiap Malam Ramadan, Naim Daniel Buat Live Bercerita Kisah Nabi!

Sumber gambar: instagram.com/naimdanielx

Walaupun kita masih lagi perlu #dudukrumah, tapi amat membanggakan apabila semakin ramai pesakit semakin pulih dari wabak Covid-19. Bukan setakat itu sahaja, ramai juga di antara yang duduk di rumah dan disiplin pada arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa sambil menjalani ibadah puasa dengan aman tanpa sebarang perkara buruk berlaku. Korang patut bangga dengan diri korang sendiri tau! Tapi apa yang menarik perhatian Zoe kali ini adalah setiap malam Ramadan, akan ada satu sesi bercerita yang dibawakan oleh Naim Daniel khas untuk para peminatnya di Instagram. 

Apa yang bestnya adalah Naim Daniel ini akan buat live di Instagram dengan bercerita pelbagai kisah-kisah nabi! Woah! Bagus betul contoh yang dibawakan oleh Naim Daniel ini. Memang sesuai sangat untuk kita semua sebab mungkin ada yang dah lupa beberapa kisah-kisah nabi, betul tak? Jadi, bila Naim Daniel buat live macam ini memang buatkan ramai Naimians nantikan tepat pukul 10 malam pada setiap hari di bulan Ramadan! Semakin berilmulah kita semua di bulan Ramadan kali ini!! Thank you Naim!

Selain dari kisah nabi, Naim juga ada up beberapa video cover lagu yang best tau! Teringat pula waktu Naim selalu buat cover lagu sebelum dia betul-betul fokus pada bidang nyanyian ini! Dia bukan setakat buat itu sahaja guys!  Naim siap sudah terjebak dengan game juga tau semenjak PKP ini dijalankan! Ada ke yang sama macam Naim di antara korang semua ini? Kalau ada, baguslah! Mana tahu, bila dah kerap sangat main, lama-lama boleh jadi wakil negara untuk E-sport? Betul tak?

 

View this post on Instagram

 

Look what RMO made me do. Jadi gamers pula gais. Drop id korang kat bawah, nanti cheq pilih kita main sekali mmuah !

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Mesti ramai juga Naimians yang tahu, Naim ini pun siap kongsi video dia memasak tau! Uish! Naim ini memang fun betul kehidupan dia walaupun tengah kuarantin. Macam-macam aktiviti yang kita dapat tengok dia buat di Instagram dia itu. Ehem! Baru-baru ini pun dengar cerita lagu baru Naim “Sembah” pun siap masuk pencalonan baru Muzik-Muzik 35. Fuyoh! Jadi Naimians semua korang tunggu apa lagi? Pergilah undi cepat-cepat! Mana tahu kalau dapat masuk ke pertandingan AJL 35 lagi dan menang sekali lagi, korang juga yang dapat rasa keseronokan bersama itu juga.

 

View this post on Instagram

 

NIAT PUASA // @raihaninternational . Alhamdulillah, kita bertemu lagi dengan Ramadan tahun ini. Selamat berpuasa semuanya !

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Hmm. agaknya apa lagi yang bakal dikongsikan oleh Naim Daniel di media sosialnya selepas ini? Kalau kisah nabi itu, sudah cukup 25 malam korang akan diisi. Mungkin Naim perlu kongsi juga video-video dia masak? Mesti best! Cover lagu ada, video masak ada, jom bersenam pun dia buat, kisah nabi pun ada! Silap-silap kalau raya nanti mesti lagi havoc habis Naim beri pada peminat! Apa-apa pun korang semua stay safe and healthy! Walaupun PKP sudah ada kelonggaran sedikit, korang mesti jaga jarak sosial ya! 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apps Online Games Dengan Squad Jarak 1 Meter

Cara Celebrate Hari Ibu Bertemakan ‘PKP’