in ,

Menu Simple Untuk ‘Chef’ Baru Nak Up

Sumber gambar: Gempak.com

Bosannya duduk dekat rumah. Baru berapa hari dah rasa bosan. Tengok dekat Twitter dengan Instagram semua orang dah pandai masak. Nak try masak jugalah!

via GIPHY

Ya, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, nampaknya ramai orang dah berjaya bergelar chef apabila ramai yang tunjukkan skill memasak masing-masing di social media. Korang pun mesti nak tunjuk skill juga tapi tak tahu nak masak apa betul tak? Banyak benda korang boleh masak tau girls waktu tengah dalam tempoh kawalan pergerakan. Inilah masanya untuk ‘menuntut ilmu’ memasak daripada mak korang. LUNARIA ada nak share sikit dengan korang beberapa menu simple yang boleh korang try sepanjang PKP!

MURTABAK MEGGI

Waktu inilah teringin nak makan murtabak, tapi makcik yang jual murtabak pun dah tak dibenarkan berniaga. Inilah masanya untuk korang buat murtabak sendiri dekat rumah, tapi kali ini versi ada meggi, baru extra sikit. Murtabak meggi adalah salah satu menu favorite ramai waktu bulan puasa, nampak je macam susah nak buat tapi sebenarnya senang je tau. Korang hanya perlukan…

-Mee segera (tak kisah apa-apa jenama tapi lagi best kalau perasa kari)

-Bawang holland atau nak pakai bawang biasa pun boleh

-Telur

-Cili Padi

-Isi ayam sedikit direbuskan terlebih dahulu

Sikit sahaja bahan-bahan yang diperlukan.. Cara untuk buat murtabak meggi ini, korang boleh rujuk dekat video yang Ainaa sediakan ini. Kalau tak berani nak buat sendiri, minta tolong kakak, abang atau mak korang tengokkan dekat dapur. Risau juga korang duduk dapur seorang diri, nanti tak dapat pula nak buat murtabak meggi!

AGLIO OLIO

The most simple western menu yang ada dekat atas muka bumi Ini. Asalkan korang ada seafood dan spaghetti, korang dah boleh buat aglio olio. Walaupun nampak senang tapi kena berhati-hati sebab takut nanti rasanya tak kena dengan tekak korang. Biasanya kalau nak kena dengan tekak melayu kita, kena letak extra cili baru rasa kepedasan itu. Let say korang tak cukup seafood, tak apa pun boleh je..takkan nak pergi beli kot? Nanti kena tangkap dengan polis pula kalau keluar dari rumah. Pakai je barang apa yang ada okay?

-1 lagu bawang holland atau bawang biasa

-5 tangkai cili padi

-1 biji tomato

-5 ulas bawang putih

-Seafood secukupnya

View this post on Instagram

Sempena kita semua kena #stayathome this next few days, boleh lah cuba recipe baru kan kawan kawan? This spaghetti recipe is simple and delicious! Trust me. Tag someone who’d love this recipe and Tag me when you try it for yourself! 😊

A post shared by Aisha Liyana (@aishaliyana) on

Haa, tengoklah masakan yang dibuat oleh Aisha Liyana, simple je.. Nak buat makan breakfast atau minum petang pun sesuai sangat. Let say kalau korang tak berani, minta mak yang masakkan tapi korang sebutkan step by step melalui video ini okay. Selamat mencuba girls!

ROTI CANAI MALAYSIA

Nak ajak parents breakfast roti canai dekat mamak pun tak boleh sebab sekarang semua kedai makan dah ditutup dan kalau ada buka pun hanya untuk take away. Takkan nak keluar rumah pergi bungkus roti canai je? Mesti rasa nak beli benda lain kalau dah keluar dan kalau keluar kena seorang diri je tak boleh beramai-ramai. Daripada korang beli roti canai, baik buat sendiri je. Walaupun buat roti canai agak leceh sikit tapi nak buat macam mana dah teringin sangat makan roti canai. Nak  buat roti canai ini mungkin korang kena serahkan dekat mak tsebab risau korang tak ada kesabaran je nak buat, nak tebar lagi. Tapi jangan biar mak buat seorang diri ya, pastikan korang tolong!

1/2 kg tepung gandum

1biji telur 2 sudu majerin

1sudu kecil garam(larutkan dalam air)

1/2 cawan air sejuk peti ais 2 sudu susu pekat

Terpulang nak buat cicah kuah apa sebab kita buat sendiri. Nak makan dengan kuah kari boleh, sardin boleh, dengan susu atau gula pun boleh je. Tapi kalau rasa lapar sangat dan lama nak tunggu buat roti canai, beli je roti canai segera. Mudah je roti canai segera!

BELAJAR DENGAN MAK

via GIPHY

Asyik nak try menu baru je, why not korang tolong je mak dekat dapur. Belajar je apa-apa menu yang mak korang masak. Tak kisah sama ada korang dah tahu cara untuk masak ayam sambal sekali pun. Tolong je dan tanya mak apa yang patut. Mana tahu nanti one day mak keluar dengan kawan-kawan dan tak sempat nak masak, korang kenalah masak sendiri. Waktu itu tak ada dah nak masak aglio olio atau murtabak meggi. Silap-silap nak masak telur goreng pun korang lupa sebab jarang tolong mak dekat dapur. Ha, daripada sibuk nak try menu baru baik kita belajar je menu simple yang mak selalu masak okay?

Silap haribulan lepas habis je tempoh kawalan pergerakan ini, semua orang dah pandai masak tau. Boleh jadi semua orang bosan sampai macam-macam menu dah dicuba. Korang kalau nak masak nanti make sure minta bantuan daripada orang dewasa okay!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Filem² Indonesia Best Untuk Korang Layan

Nostalgia Lama, Samsung Keluarkan Phone ‘Flip Flip’