in ,

Menu Simple Breakfast Sempena Cuti Sekolah

Sumber gambar: forbes.com

Mak dengan ayah kerja harini, tak sempat pula nak breakfast dengan diorang pagi tadi. Hmm, breakfast pun adik-adik dah habiskan pula! Nak makan apa ni?!

Amboi amboi, tahu la tengah cuti sekolah. Tapi takkan cuti pun nak bangun lambat? Kena la bangun awal juga, baru la productive sikit hari korang tu. Ini matahari dah terpacak baru nak bangun?Β Korang patut manfaatkan cuti sekolah ni dengan cara buat breakfast sendiri! Bukan nak suruh goreng nasi atau buat chicken chop. Cukup sekadar simple breakfast untuk diri sendiri atau lagi best kalau korang dapat masakkan untuk satu family sekali! Check it out menu simple ni…

MURTABAK MAGGI

View this post on Instagram

Dapur Fancy Ep 3 : Murtabak Maggi

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

Biasanya kita makan murtabak beli dekat pasar malam je kan? Itu pun isinya alahai malu-malu je isi dalamnya. For this time, why not korang masak sendiri murtabak tapi versi maggi? Ala dekat rumah korang mesti ada banyak stock maggi kan? Guna je, resepi mudah ni dah siap ada tutorial oleh Khairulaming lagi! Barang-barang pun dah ada dekat dapur, apa lagi geng? Masak la breakfast korang. Kita breakfast lain daripada yang lain pula harini. Ada certain orang makan murtabak dengan kuah kari atau jeruk bawang. Tapi kalau dah ada maggi, takkan nak ada kuah kari dengan jeruk bawang lagi? Makan macam tu je pun dah sedap tau girls. Korang tunggu apa lagi? Ajak la adik-adik tolong dekat dapur. Atau korang masak dan suruh je diorang yang lain kemas dan basuh pinggan mangkuk, hehe!

FRENCH TOAST

View this post on Instagram

Vlog 118 – PUASA 23 FRENCH TOAST Versi iklan touching sikit, walaupun mungkin takda kena mengena dengan French Toast Bahan-bahan: πŸŒ• 2 biji telur (2 eggs) πŸŒ• 1 sudu kecil esen Vanila (1 small spoon vanilla essence) πŸŒ• Suku cawan susu (Quarter cup of milk) πŸŒ• 3-4 keping roti (3-4 slices of bread) Cara-cara: πŸŒ• Pecahkan 2 biji telur kedalam mangkuk πŸŒ• Masukkan suku cawan susu dan 1 sudu kecil esen vanilla, kacau sehingga menjadi sebati πŸŒ• Celupkan roti kedalam campuran tadi πŸŒ• Cairkan butter dalam rice cooker πŸŒ• Terus masak dalam rice cooker, masak sampai siap, boleh makan dengan syrup atau Nutella kalau nak sedap FOLLOW: IG: @syafkun Fb: Syaf Kun No prejudice. All material owned by Pav. PLT #beauty #beautiful #travel #iftar #ramadan #malaysia #2019 #minum #ootd #puasa #pretty #fashion #fashionista #sahur #cat #kualalumpur #catsofinstagram #resipi #entrepreneur #motivation #food #foodie #lapar #eat #recipe #tasty #foodporn #juice #kitty #puasa

A post shared by Syaf Kun (@syafkun) on

Typical orang Melayu punya breakfast, kalau tak makan nasi mesti kita makan roti kan? Tapi taknak la roti bakar sapu jem strawberry macam dalam drama Melayu pukul 7 tu. Kita rajinkan diri sikit dengan buat french toast. Tak ada la roti kosong je semata kan? Nampak la effort kita nak breakfast macam dalam drama mat salleh kat TV tu. Bahan yang diperlukan pun confirm ada dekat dapur mak tu, lagi-lagi roti! Tak ada roti, nak makan apa? Roti ni kan bahan utama so before korang nak buat breakfast tu, kena make sure dulu ada roti dekat dapur. Kalau tak, korang kena la pergi kayuh basikal beli roti tu.

AGLIO OLIO

Breakfast harini kita jadi orang putih sekejap, kita masak aglio olio! Tak susah pun nak masak ni, simple je girls. Cuma korang kena pergi grocery shopping dulu sebab mungkin ada bahan yang tak ada dekat rumah korang. Nak masak agliio olio ni bukannya susah pun, korang just refer pada resepi yang Ainaa dah bagi tu je. Cara dia buat pun senang nak ikut, maybe korang pun akan selalu buat breakfast macam ni. FYI, account IG yang Ainaa share tu memang selalu share resepi masakan simple. Korang yang dekat rumah tu pun boleh je follow, siap ada resepi masakan gaya asrama lagi. Lepas ni confirm korang jadi rajin nak memasak dekat rumah

LASAGNA

Fuhh, today we go mat salleh again girls! This time kena ajak mak korang tolong sekali sebab ia melibatkan penggunaan segala macam oven yang kemungkinan korang tak tahu nak handle. Before that, check dulu bahan-bahan yang diperlukan sebab korang kena beli dulu barang-barang ni. Kali ni tak berapa simple sangat la sebab leceh sikit dan ambil masa yang lama. Sebab tu tadi dah suruh ajak mak korang tolong sekali, baru la kerja jadi cepat, hehe! Resepi daripada Azfarheri ni semuanya buatkan korang terliur sebab Ainaa sendiri kalau tengok dia post video masak, mesti rasa teringin je. Korang pun rajin-rajin la tengok resepi dia juga, mana tahu boleh dapat inspirasi memasak dekat dapur lepas ni ke kan.

Lepas ni jangan bagi alasan malas atau tak ada idea nak buat breakfast lagi ya. At least cuti sekolah ni dapat la berbakti pada family dengan cara masakkan breakfast untuk mereka. Baru la korang boleh asah skill memasak tu.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Barang Sekolah Yang Boleh Guna Semula

Confirm Tahun Depan Tak Ada Pilih Aliran Dah