in ,

Menstrual Cup Dikatakan Lebih Baik Daripada Pad Biasa

Sumber gambar: Greenqueen.com

Tampon, menstrual cup dan pad… Mana yang lagi bagus sebenarnya? Daripada mula period dulu kita dah diterapkan untuk memakai pad sekiranya sedang datang bulan. Tapi apa gunanya tampon dan juga menstrual cup kalau kita dah ada pad? Untuk apa ada banyak pilihan?

Menstrual cups vs. pads and tampons: How do they compare?
Sumber gambar: Medicalnewstoday

Seperti yang kita semua tahu, setiap kali datang bulan, benda pertama yang akan kita cari semestinya pad! Penyelamat ketika darah sedang mengalir keluar dari badan. Tapi kenapa kita asyik pakai pad je? Kenapa kita tak pakai tampon atau pun menstrual cup yang dijual di pasaran? Jawapannya ialah kerana penggunaan kedua-dua bahan tersebut masing-masing tidak lagi diperkenalkan secara meluas di negara kita. Sebaliknya ia banyak digunakan oleh wanita di luar negara.

Tapi ada tak antara korang yang memang pakai tampon atau menstrual cup setiap kali datang bulan? Kalau ada korang boleh share experience korang waktu pertama kali pakai, supaya kawan-kawan yang lain lebih berani untuk cuba menggunakan tampan dan menstrual cup.

Seorang YouTuber, Siti Awe viral di Twitter kerana perkongsian bergunanya tentang banyak perkara. Siti Awe ada berkongsi experience yang mana menurutnya menstrual cup ini lebih best berbanding dengan memakai tuala wanita. Kenapa? Teruskan membaca okay untuk ketahui apa yang best sangat menstrual cup berbanding pad yang kita pakai.

TAK BOCOR DAN TAK BERGERAK

Kondisi Darah Menstruasi Abu-Abu? Mungkin Kamu Terjangkit Infeksi ...
Sumber gambar: Winnetnews

Woww, kita kalau nak make sure pad tak bergerak memang kena beli yang ada wing. Kalau ada wing, kebarangkalian untuk bocor dan bergerak tu memang tinggi. Lebih-lebih lagi kalau korang ini seorang yang tak reti duduk diam, baru pakai sekejap dah bocor. Ada teknik untuk memakai menstrual cup ini dan kalau korang pakai dengan cara yang salah, mungkin ia akan tetap bocor juga. Tapi untuk ia bergerak tu mungkin kurang la sebab ia berada di dalam kawasan Miss V kita kan.

TIDAK GATAL SAMA SEKALI

Jaga Kesehatan Area Kewanitaan Dengan 3 Hal Ini - Cianjur Ekspres
Sumber gambar: Cianjurekspress

Biasanya kalau pakai pad tu confirm rasa gatal kalau lambat tukar. Kalau gatal je tak apa la, ini sekali pakej ruam dan kemerahan ya. Bila jadi macam tu, mudah la untuk kita mengalami jangkitan kuman serta kulat dekat bahagian Miss V. Tapi kalau pakai menstrual cup ini kita tidak akan mengalami rasa gatal. Pada mulanya mungkin akan rasa tak selesa sebab baru lagi, tapi lama kelamaan korang akan rasa selesa.

ADA BANYAK PILIHAN

The Best Menstrual Cup for 2020 | Reviews by Wirecutter
Sumber gambar: Nytimes

Kalau pad ada banyak pilihan yang dijual dekat pasaran, sama juga macam menstrual cup. Korang hanya perlu ada keberanian sahaja untuk pakai sebab ada sesetengah orang tak berani nak pakai menstrual cup ini. Korang boleh beli menstrual cup ini dekat drugstore atau lagi mudah dekat online shop sahaja antaranya dekat Shopee atau Lazada.

MUDAH DIPAKAI

Amazon.com: Aneercare Menstrual Cup Sterilizer with 2 Small/Large ...
Sumber gambar: Pinterest

Ambil langkah, ambil jarak dan masukkan sahaja menstrual cup ke dalam Miss V korang. Korang hanya perlu biasakan diri dengan memakai menstrual cup ini supaya nanti tak ada la rasa kekok. At least menstrual cup ini boleh dipakai selama 6 hingga 12 jam sehari. Jangka masa menstrual cup boleh digunakan selama 6 hingga 10 bulan lamanya. Selepas itu make sure tukar pakai yang baru supaya tak ada kuman yang melekat dekat dalam cup itu.

JIMAT

via GIPHY

Pad kita kena topup setiap kali dah habis, kalau tak ada pad dah kelam kabut nak kena pergi cari dekat kedai. Tapi kalau pakai menstrual cup ini, boleh dipakai banyak kali selepas dibersihkan. Kita boleh jimat duit setiap bulan tak perlu nak beli setiap bulan. Menstrual cup boleh didapati dengan harga serendah RM20 sehingga RM300. Harga yang dijual mengikut gred cup itu sendiri.

Lepas ini boleh cuba pakai menstrual cup ini ya, barulah lain daripada yang lain.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ketiak Gatal Lepas Pakai Deodorant, Ini Puncanya…

Perkara Unik Terjadi Bila Ada SOP Di Sekolah