in ,

Menanti Hari, Ariff Bahran Bakal Release Single Baru

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria / Instagram @AriffBahran

Semenjak PKP ni, banyak benda yang tergantung sepi, tak dapat nak diteruskan, plan terpaksa ditangguhkan dan lagu baru pun kena tangguh tarikh release juga. Eh? Siapa nak keluarkan lagu baru?

Sesetengah penyanyi mengambil keputusan untuk release lagu mereka pada musim PKP ini, tapi ada juga yang mengambil keputusan untuk tangguhkan kepada tarikh yang lain. Antara penyanyi yang sudah lama bersedia untuk release lagu baru ialah Arif Bahran!

Nampaknya Ariff Bahran memang dah tak sabar nak release lagu baru dia. Bukan satu ya, tapi nampaknya macam banyak je lagu yang Bahran nak release. Baru-baru ini Bahran ada buat live Instagram bersama dengan Rer daripada team HOTFM. Banyak juga update terbaharu daripada Bahran ni ya, jom kita check it out!

SINGLE BAHARU

Macam yang Ainaa cakap tadi, Bahran sedang dalam proses untuk release single baharunya yang berjudul USAH. Kalau korang tengok dekat gambar yang Ainaa share dekat atas ni, ada sesiapa yang korang kenal tak dekat dalam tu? Hehe! Cuba teka siapa yang jadi heroin dalam MV lagu USAH ni? Selain lagu Usah, Bahran juga baru sahaja release lagu nasyid berjudul Sebenarnya Cinta bersama dengan Ustaz Nazrey Johani yang merupakan bekas kumpulan Raihan. Menurut Bharan, lagu Sebenarnya Cinta merupakan kesinambungan bagi lagu Sesungguhnya nyanyian Alif Satar bersama dengan kumpulan Raihan. Bagi Bahran, ini merupakan rezeki besar baginya apabila ‘dilamar’ untuk berduet bersama dengan ustaz Nazrey.

PUASA SAMA SAHAJA

Kalau kita, puasa tahun ni rasa lain sangat sebab tak ada bazar atau iftar date bersama dengan kawan-kawan. Tapi bagi Bahran, Ramadhan kali ini sama sahaja buat dirinya. Cuma apa yang lain dan berbezanya ialah tak dapat keluar ke mana-mana, makan makanan bazar dan banyak lagi. Apa yang pasti ialah kalau Bahran nak makan apa-apa, ibu dia mesti akan masakkan untuk mereka sekeluarga. Sebelum ini kalau bulan puasa, Bahran akan pulang ke kampung sama ada di Sungai Buloh atau Hulu Langat, tapi tahun ni puasa dekat rumah dengan family je la ya.

TAK PANDAI MASAK

Masak? Jangan tanya apa-apa pasal masak dekat saya! Saya ni 0 knowledge tentang memasak. Biar mak je la yang masak

Korang waktu PKP ni jadi chef kan? Tapi bagi Bahran, dia memang tak pandai memasak langsung. Alamak, macam mana ni kalau duduk jauh dengan family, siapa nak masakkan untuk Bahran? Hehe! Kalau korang nak tahu, Bahran ni suka sangat makan kuih buah melaka tau. Since tak ada bazar Ramadhan, mesti la ibu kesayangannya yang kena buatkan.

PLAN SELEPAS PKP

Selepas habis je PKP ni, dengarnya Bahran memang dah tak sabar nak terus berkarya dan ready untuk release semua lagu baharunya. Bukan itu sahaja, Bahran juga akan sambung semula semua kerja yang tertangguh. Untuk semua Bahranators, korang kena get ready untuk kemunculan semula Bahran lepas ni ya.

RAKAN DUET

View this post on Instagram

PC AME 2020 #ame2020

A post shared by Ariff Bahran™️ (@ariffbahran) on

Kalau macam Irfan Haris haritu, dia teringin sangat nak berduet dengan rakan-rakan BBNU dia. Sama la juga macam Bahran, dia juga teringin nak berduet dengan mereka. Sebelum ini Bahran selalu berduet bersama dengan Sarah Suhairi, antara lagu mereka ialah Bicara Rasa. So lepas ni pun mungkin akan ada banyak karya baharu Bahran bersama rakan-rakan BBNU yang lain?

BTW korang jangan lupa dengar lagu 3 Kucing nyanyian Bahran bersama dengan Yonniboi dan juga Adam E ya. Not bad juga lagu tu, siap ada kucing comel lagi dekat situ, hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rahsia Nak Jadi Pelajar Pemalas Tapi Pandai!

Tips Elak Bibir Kering Sepanjang Ramadan