in ,

Menangis Berpanjangan Boleh Turunkan Berat Badan? Ini Fakta Air Mata

Sumber gambar: Pinterest

Biar betul menangis boleh buat berat badan turun? Kalau macam tu sepatutnya aku dah kurus, minggu lepas putus cinta bukan main aku menangis…

Adakah ini berita gembira buat korang yang selalu putus cinta? Hmm kalau sungguh menangis memang boleh kita turun berat badan, mesti Ainaa dah kurus sangat. Masa putus cinta bukan main menangis bagai tiada hari esok, lol!

via GIPHY

Sometimes menangis boleh meredakan emosi kita. Tak kira rasa happy atau sedih, kalau dapat menangis mesti rasa lega je. Ada satu kajian yang mengatakan bahawa terdapat jenis air mata yang boleh membantu kita mengurangkan berat badan. Menurut hasil kajian daripada Los Altos Optometri Group oleh Dr Aaron Neufeld, terdapat sebanyak tiga jenis air mata yang dikenali sebagai Reflex, Basal dan juga Psychic. Setiap air mata ini mempunyai ‘tugas’ yang tersendiri.

Air mata Basal – Menjaga mata daripada terus lembap

Air mata Reflex – Menyebabkan iritasi pada bahagian mata

Air mata Psychic – Terjadi apabila terdapat tekanan perasaan atau emosi

MIRA FILZAH on Twitter: "Sakit yg tak dapat diungkap πŸ’” Zara ...
Sumber gambar: Twitter

Kalau waktu korang menangis sebab putus cinta, air mata itu dipanggil sebagai air mata Psychic yang mana ia akan menggalakkan penurunan air mata serta menyebabkan kita kehilangan berat badan kerana ia akan mengurangkan tahap hormon stress yang berkaitkan dengan lemak perut korang. So kalau waktu putus cinta korang tak turun berat badan, maksudnya korang tak sedih sangat pun, itu semua hanya drama semata-mata.

At the same time, menangis juga dapat menghilangkan bahan-bahan toksik dalam tubuh badan kita yang membangkitkan tekanan. Menangis juga boleh jadi satu tindak balas untuk pembersihan toksin dalam badan korang.

Waktu yang kita digalakkan untuk menangis bagi mengurangkan berat badan ialah sekitar jam 7 petang hingga 10 malam sebab waktu itu merupakan masa puncak untuk pembebasan kortison iaitu hormon yang terdapat dalam kumpulan steroid. Manakala steroid itu pula akan dibebaskan oleh korteks di kawasan kalenjar adrenalin.

Crying Meme Png , Png Download - Memes .png, Transparent Png - kindpng
Sumber gambar: Kindpng

Sekarang Ainaa dah faham kenapa kita tak kurus lagi, maybe pemilihan masa untuk menangis itu salah. Biasanya kita menangis putus cinta pukul 1 pagi dan ke atas betul tak? Sebab itulah tak berhasil kalau menangis lama-lama sebab tak kena dengan timing dia. Lepas ini nak menangis sambil turunkan berat badan, kenalah pilih waktu yang tepat ya. Tapi rasanya mesti tak boleh sebab daripada pukul 7 petang sehingga 10 malam ialah waktu untuk kita berkumpul dengan keluarga, takkan nak menangis depan mereka pula?

Tapi ini tak bermaksud kalau nak turunkan berat badan kena menangis je, kita haruslahΒ exercise juga. Kalau hanya mengharapkan dengan tangisan, memang takkan turun berat badanΒ sis. Lama-lama nanti mata korang pun jadi mata panda sebab asyik menangis tak sudah. Gaya hidup yang sihat dan seimbang sangat penting ya gais! Kalau ada yang putus cinta, kami cadangkan korang exercise.. sambil bersedih kita bakar lemak dalam badan!

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pantang Larang Orang Lama Yang Masih Diikuti Walaupun Mungkin Tak Masuk

Perlu Atau Tidak Ada Perasaan Cemburu Dengan Kawan Sendiri?