in ,

Memory Phone Full? Say No More!

Baru setahun lebih pakai phone ni tapi asyik dapat notification memory full je! Leceh la asyik nak kena delete gambar dengan video je..

Ehemm, tengah ada problem memory phone ke tu girls? Bertabah la, bila kena delete satu-satu! Hihi! But no worries sebab Ainaa ada tempat yang selamat untuk korang simpan semua gambar dan video dalam phone! Ready girls?

LAPTOP

Sumber gambar: https://store.asus.com/us/item/201712AM130000001/ASUS-VivoBook-S-S510UA-DS71-Ultra-Thin-Laptop%2C-i7-8550U-processor%2C-8GB-DDR4%2C-128GB%2B1TB%2C-15”WideView-FHD%2C-NanoEdge-Bezel%2C-Metal-Cover

Kalau korang tak ada laptop, apa kata pinjam daripada adik beradik yang lain! Tumpang laptop mereka untuk simpan gambar dengan video korang buat sementara waktu. Kalau takut kakak atau abang ceroboh folder tu, buat password dekat setiap folder tu. Make sure simpan folder tu dekat dalam folder rahsia supaya kakak atau abang tak jumpa folder tu!

PENDRIVE

Sumber gambar: https://www.google.com/amp/s/www.techadvisor.co.uk/how-to/storage/remove-write-protection-usb-3633096/%3famp

Kalau laptop tak ada, pendrive ada tak? Simpan je semua benda dalam pendrive, lagi senang! Boleh bawa pergi mana-mana pendrive tu. Senang-senang anytime boleh tengok semula semua gambar dan video tu. Hati-hati juga dengan virus yang akan pecah masuk ke dalam pendrive korang. Nanti tak pasal-pasal hilang pula gambar dengan video penting tu.

HARD DISK

Sumber gambar: https://sea-m.banggood.com/Orico-2577U3-USB-3_0-SATA-2_5-inch-External-HDD-SSD-Hard-Drive-Enclosure-Hard-Disk-Case-p-1295403.html

Pendrive space kecil je, tak macam hard disk. Kalau hard disk,korang nak simpan movie pun tak ada masalah asalkan tak kena virus sudah. Nak letak berapa ribu gambar pun tak ada masalah sebab ada banyak space dekat dalam hard diskRisau siblings lain buka tanpa kebenaran? Boleh je letak password, confirm selamat tanpa diceroboh.

DELETE JE

Sumber gambar: https://www.idownloadblog.com/2014/02/28/how-to-delete-photos-from-your-iphone/

Semua benda nak simpan tak boleh juga. Takkan gambar goyang dengan video merepek pun nak simpan juga? Buat membazir space dalam phone je girls. Baik korang delete benda yang merepek macam tu at least ringan sikit phone. Kalau ada gambar daripada Whatsapp group, pilih mana yang untuk disimpan je. Kalau rasa gambar tak ada kena mengena dengan korang, buang je la buat apa nak simpan.

Pokok pangkalnya terletak pada diri kita ya. Kalau gambar pun sampai dah berpuluh ribu takkan nak simpan lagi? Organize memory phone korang sebaik mungkin ya. 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rugi Kalau Tak Buat Aktiviti Ni Time Raya!

Puasa 6 Vs Puasa Ganti!