in ,

Eww! Salah Saiz Kasut Punca Kaki Berbau!

Sumber Gambar: https://www.additudemag.com

Pemilihan kasut adalah amat penting untuk pergerakkan yang lebih selesa! Dan kalau #Lunagirls nak tahu, kalau kaki korang sakit.. keseluruhan badan juga akan terasa tau! Setiap orang berlainan saiz kasut, so memang akan ada macam-macam jenis dan design yang akan fit your feet perfectly girls! Harini LUNARIA kongsikan tips menarik cari kasut dengan lebih mudah!

SAIZ KASUT

via GIPHY

Saiz adalah punca utama korang menderita dan berbau tau! Eeeww! Jadi sebelum beli kasut, #Lunagirls perlu periksa dulu saiz dan jenis kaki korang.. Kalau kaki korang lebar atau pun panjang, pilih kasut yang lebih besar okay? Sebab kaki akan mudah berpeluh dan berbau jika kasut terlalu ketat!

BERAT KASUT

via GIPHY

Seeloknya #Lunagirls beli kasut yang ringan.. Supaya korang lebih rasa selesa untuk berjalan dan tak akan buat kaki korang cepat lenguh! Jangan pula nanti dah keluar berjalan sakit kaki lepas tu last-last pakai slipper je.. Hihi!

TAPAK KASUT

via GIPHY

Make sure tapak kasut #Lunagirls tebal tau! Tapak kasut yang tebal akan. memberi cengkaman yang lebih kuat. Jadi kalau korang berada di tempat yang berair, ataupun tidak rata tapak kasut korang ni lah yang akan bagi full support supaya tak jatuh!

KASUT IKUT TEMPAT

via GIPHY

#Lunagirls beli kasut mesti ada purpose! Kalau nak pergi wedding, hiking atau ke mana pun,  pastikan kasut sesuai dengan persekitaran! Janganlah pakai slipper untuk hiking..tak sempat sampai atas rasa nak tercabut kaki nanti! Huhu!

Dalam pada masa kita mencari keselesaan jangan lupa juga kebersihan kasut ya #Lunagirls! Kalau boleh pakai kasut yang selesa dan tahan lama tapi still in trend! Yelah..kita pun nak make sure kasut sepadan dengan outfit of the day kan! #OOTD Hehe!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Main Phone Dalam Kereta Boleh Mabuk?

Peminat K-Pop? Kena Cuba Makan Ni!