in ,

Memasak Dengan Kawan Waktu Cuti? Syoknya!

Sumber gambar: https://www.verywellfamily.com/fun-things-for-teens-to-do-this-summer-2611143

Hmm... nak masak tapi macam bosannya kalau masak seorang diri, nak ajak siapa eh?

Memandangkan musim cuti sekolah dah pun mula, selain #Lunagirls boleh isi masa dengan study dan buat aktiviti lain.. Why not kalau korang cuba memasak dengan kawan-kawan waktu cuti sekolah minggu ini? Ala.. tak perlu masak yang susah pun, masak yang simple saja pun okay! Antaranya ialah.. 

KEK

via GIPHY

Haa, Zoe cadangkan apa kata korang cuba ajak kawan-kawan buat kek? Kalau tak reti buat kek yang susah yang perlu pelbagai bahan, korang boleh start dengan yang mudah dulu macam kek batik atau kek pisang! Boleh cuba minta mak korang guide, so nanti tak membazir dan kek pun boleh makan!

POPIAH

Sumber gambar: http://www.sitidelima.net/2010/01/popiah-kentang.html

Kuih muih paling mudah untuk korang dan kawan-kawan cuba belajar buat untuk isi waktu cuti. Bosan dengan popiah sayur sebab ada yang tak makan sayur? Apa kata, korang cuba resepi lain seperti popiah chicken & cheese, bolognese, carbonara atau sambal bilis petai. Zoe pernah cuba tau, sedap dia tak terkata! Plus, kalau kita buat sendiri boleh letak banyak isi.. 

PUDDING

Sumber gambar: https://soranews24.com/2014/05/15/chick-shaped-pudding-from-nagoya-is-so-cute-were-tempted-to-keep-it-as-a-pet/

Buat pudding pun sangat senang! Korang boleh cuba masak puding roti, puding buah, puding karamel, puding jagung, puding biskut sebab cara penyediaan puding ini tak leceh dan mudah saja. Korang pun boleh enjoy makan waktu pudding dah siap nanti! Tips puding, makan masa ia sejuk paling sedap! Hehe..

SMOOTHIES

Sumber gambar: https://www.idntimes.com/food/dining-guide/arkana-1/11-smoothies-lezat-super-cute-gak-tega-mau-minum-c1c2

Selain daripada makanan, #Lunagirls boleh juga buat smoothies dengan kawan-kawan tau! Asyik minum boba je, apa kata minum ini pula.. Korang beli saja apa-apa jenis buah, kalau ada yang suka detox smoothies boleh tambah sayur yang sesuai untuk smoothies korang dan blend saja. Sambil tengok TV atau buat homework ramai-ramai bolehlah enjoy smoothies korang yang sedap itu!

Sambil cuba, bolehlah nanti lama-lama belajar masak makanan lain pula. Silap-silap korang dengan kawan-kawan pun boleh jadi bakal masterchef yang hebat kat Malaysia! Tapi apa-apa pun hati-hati untuk siapa yang masih beginner tak tahu apa-apa nak masak. Minta tolong kawan yang dah pandai atau mak korang ajarkan ya!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cuti VS Study Mana Lagi Penting?

Tips Urus Masa Siapkan Homework Waktu Cuti!