in ,

Media Sosial Jadi ‘Gelap’ Bila FB, IG Dan WS Down…

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=eQvY9SmeJxE

Penat scroll up, scroll down Instagram, Facebook dengan Whatsapp semalam. Ingatkan semua orang dah tak perlukan diriku ini, rupa-rupanya tiga-tiga apps famous ni down rupanya!

Sejak tahun 2019, semalam ialah kejadian ketiga terjadi dekat tiga apps keutamaan kebanyakan rakyat Malaysia. Antara masalah yang terjadi semalam ialah untuk Whatsapp, pengguna tak boleh nak download gambar dan tengok WS status. Untuk IG pula tak boleh nak post gambar dan load IG story serta FB hanya tak boleh nak scroll news feed dan juga log in.

via GIPHY

Korang yang alami masalah ni malam tadi mesti stress je kan. Tengah seronok Whatsapp dengan crush, sekali problem pula. Menangis la tak dapat tengok gambar selfie crush dekat WS status dia semalam, hehe!

Kebanyakan lokasi yang mengalami masalah sama ialah dekat Eropah dan Amerika. Kita dekat Malaysia juga terkesan dengan kejadian ‘hitam’ semalam sampaikan trending dekat Twitter.

For those yang tak tahu, Whatsapp dan Instagram berada di bawah syarikat yang sama dengan Facebook. That’s why kalau satu ada masalah, semua sekali akan terkesan, kira macam tiga serangkai takkan berpisah! Perkara semalam terjadi disebabkan gangguan server dan update pada apps masing-masing.

Fuhh, nasib baik malam tadi Twitter tak down juga. Kalau tak, confirm korang tak boleh nak stalk crush kan. Or maybe semalam korang terpaksa tengok berita dekat TV. Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tak Keringkan Rambut, Kelemumur Tebal Seinci!

Hati Girls Mudah Melting Bila….