in ,

‘Me Time’ Sepatutnya Macam Ni…

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Selalu baca thread dekat Twitter kata orang yang suka bersendirian ni adalah orang yang menyedihkan dan tak ada kawan.. Haip! Tak baik tau cakap orang macam tu! Kalau #Lunagirls nak tahu, tak semua orang yang mempunyai ramai kawan ni happy dan bukan semua loner mengalami hidup yang sedih.. Harini LUNARIA nak kongsikan kebaikan ‘me time‘!

LEBIH WAKTU REHAT 

via GIPHY

Menghabiskan masa bersama-sama kawan memang best, tapi dalam pada masa yang sama badan pun perlu rehat.. Mesti penat kan #Lunagirls dah guna tenaga, emosi dan fikiran seharian! Sekali sekala duduk bersendirian akan bantu korang luangkan masa untuk berehat, memikirkan tentang kehidupan kita dan just be you!

LEBIH PRODUKTIF 

via GIPHY

Kalau #Lunagirls bersendirian, korang mesti fikir banyak perkara tentang kehidupan dan future.. Masa tulah otak korang akan bergerak dengan laju untuk memikirkan apa yang akan terjadi nanti dan terus melahirkan idea yang bernas! Sebab tu kalau kita termenung sorang-sorang nanti ada banyak idea datang!

LEBIH MENGENALI DIRI SENDIRI 

Sumber Gambar: https://medium.economist.com

Bila banyak habiskan masa untuk fahami orang lain akan buat diri kita tidak terjaga tau! So bila korang ada ‘me time’, korang akan lebih fokus untuk diri sendiri! Lpeas tu mesti akan termenung atau berangan and ask yourself “Apa yang aku nak dalam hidup ni eh?”

LEBIH FOKUS 

Sumber Gambar: http://yesofcorsa.com

Buat study group adalah satu benda yang bagus #Lunagirls.. sebab kalau ada soalan yang susah kita boleh tanya kat kawan! Tapi sekali sekala, belajar sorang-sorang pun bagus tau.. korang akan lebih fokus dan cuba cari jawapan itu sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain.

Nampakkan #Lunagirls, orang yang bersendiri bukanlah orang menyedihkan dan sendu tetapi dia memerlukan masa untuk kehidupannya sendiri! Ini barulah “me time” yang sebenar! Hehe! It’s okay untuk pentingkan diri kita pula!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sambut Birthday Dengan Bajet Ciput!

Siapa Ada Rambut Panjang Suka Berangan.. Yeke?