in , ,

Mata Sepet? Besarkan Dengan Cara Ini…

Sumber Gambar: https://www.theblondesalad.com
Sumber Instagram Lunaria

Ha! #Lunagirls sebelum ini kan, Ummi ada share “Mata Besar Macam Doll Ke Hantu? Uwaa..”, salah satu caranya untuk nampak mata besar, pakai eyeliner. Tapi girls, pakai eyeliner ini ada caranya tau, kena mengikut bentuk mata korang, bukan main pakai je. Kalau korang nak mata cantik dan lebih hidup, ini Ummi tunjukkan cara yang betul.

ALMOND SHAPED EYES

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Bentuk mata almond ini mempunyai kelopak mata yang besar, jadi kalau berkedip dia akan ada satu garisan je. Mata macam ni memang cantik, senang nak apply eyeliner. Kalau nak lagi cantik, boleh tambah wings kat tepi mata dengan lukis garisan sedikit tebal di kelopak mata. Itu dah cukup, buat mata korang lawa #wuuu.

HOODED EYES

via GIPHY

Hooded eyes ini untuk girls yang mempunyai kelopak mata yang tebal.  Jenis mata macam ni selalunya mata diorang kecil. Jadi untuk nampak besar, korang boleh lukis garis halus di kelopak mata itu dan kemudian tambah wings yang sedikit panjang tapi nipis. Jangan tebal sangat, nanti mata korang akan nampak lebih kecil ataupun sepet.

LARGE EYES

Sumber Gambar: https://www.youtube.com/

Eh! Korang kena bangga kalau dah ada mata besar, sebab mata korang menjadi kegilaan wanita, so jangan malu tau. Untuk mata yang besar, korang lukis wings yang sedikit lebar untuk nampak bentuk mata. Tapi, tak pakai pun dah cantik.. In love sangat!

SMALL EYES

via GIPHY

Eii! Kadang sedih bila orang panggil sepet. Girls, peduli apa kata orang… Guna eyeliner  je untuk nampak mata korang, macam OPPU  favourite korang, so cute! #Lunagirls boleh lukis wings sampai hujung mata lepas tu sambung ke bawah mata. Lepas ni, bolehlah show off mata korang dekat kawan! Haha..

 

Bila Ummi tengok YouTube, banyak design eyeliner pelik-pelik. But, bila Ummi try buat sendiri, sedih jadinya haha. Jadi girls, korang try yang basic dulu okay, lepas dah pro baru upgrade. Ummi harap tips ini dapat bantu cantikkan mata korang!

What do you think?

-3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sayang Family Tapi Malu Nak Ucap I LOVE YOU!

Ultraman Menari Lagu Hati Kama, Ini Respon Lucu DS Siti Nurhaliza