in ,

Mata Besar Macam Doll Ke Hantu? Uwaa…

Sumber Gambar: https://www.pinterest.com/

via GIPHY

Eii… Geramkan tengok orang yang mata bulat ini, cantik je rasa nak congkil je mata dia hihi. Haip! #Lunagirls ganasnya. Kita hidup di zaman modern girls, macam-macam kita boleh buat untuk nampak cantik tapi say no to plastic surgery. Kita boleh buat semua benda secara natural, dan tak menyakitkan. Macam mata ini, banyak tau kaedah yang korang boleh buat untuk besarkan. Nak tahu? Baca tips Ummi ini hihi.

CONTACT LENS

via GIPHY

Ha! Ini adalah cara mudah untuk menampakkan mata korang besar. Sekarangkan ada bermacam jenis contact lens? Bukan setakat dari segi warna tapi juga size. Ala! Cari je contact lens barbie doll,  besarlah mata korang, hihi. Butt girls make sure cari yang dijual dekat kedai cermin mata jangan beli dekat tepi jalan, takutlah ada infection nanti.

LENTIKKAN BULU MATA

Sumber Gambar: https://www.irishtimes.com/

Kalau korang tak pakai mascara or  lash curler mata nampak layu je kan, macam nak tidur. Jadi untuk nampak mata fresh dan besar, #Lunagirls boleh pakai mascara dan kalau nak, extra pakailah bulu mata palsu. Tapi pastikan yang melentik ke atas dan sesuai dengan mata korang.

GUNA EYELINER

via GIPHY

Kalau #Lunagirls nak tahu, eyeliner pun membantu untuk besarkan mata tau.Kalau tak nak extra sangat buat nipis je tapi kalau nak nampak lebih besar, tebalkan sedikit line itu. Tapi janganlah besar sangat sampai cover the whole mata tau!

EYESHADOW

Sumber Gambar: https://www.laneige.com

Bagi girls yang suka pakai eye shadow, korang boleh guna teknik dua tone warna. Base eye shadow itu, korang gunalah warna terang, macam nude color ke lepastu sapukan warna gelap untuk menampakkan perbezaan. Jadi taklah nampak sayu je mata korang, more lively dan menarik.

Siapa kata nak besarkan mata susah? Semuanya dihujung jari okay girls. Cuma koranglah kena pilih mana teknik yang senang. Kalau Ummi, better pakai mascara je, senang. Kalau eyeliner takut comot, kan dah lambat nak keluar nanti hihi.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jom ‘Korek’ Port OOTD Paling Onz!

Social Experiment: Hampir Kantoi Dengan Polis Sebab…