in ,

Mask Jimat Guna Buah Je! πŸ‰πŸ

Sumber gambar: http://www.tshackhawaii.com/about-us/

What?! Buah-buahan pun boleh buat jadi mask? Tak bersemut ke muka tu nanti kalau tepek buah dekat muka?! Melekit pula tu nanti..

Dah alang-alang ada buah dekat muka tu, makan la terus mask tu sis, hehe! Actually maskΒ yang terbaik ialah maskΒ semula jadi which is antaranya hasil daripada buah-buahan.. Terkejut tak? It’s okay, lepas habis baca article ni ajak kakak atau abang teman beli buah okay!

TEMBIKAI

via GIPHY

Tembikai ni bukan je sedap makan waktu tengah panas, tapi mampu untuk meremajakan kulit, lembutkan kulit, hilangkan bintik hitam dan banyak lagi la! Caranya korang just hancurkan tembikai guna garfu dan tambah sikit satu atau dua sudu teh madu then kacau sebati. Sapu dekat muka selama 20 minit then bilas guna air sejuk. Mesti korang rasa kulit muka segar dan lembab!

STRAWBERRY

via GIPHY

Kandungan vitamin C, B dan K yang ada dekat dalam buah strawberry ialah gabungan ‘sahabat’ yang terbaik untuk buatkan kulit muka korang cerah dan tegang. Hancurkan dalam tiga atau empat biji buah strawberry dengan gunakan garfu then tambah satu sudu teh madu sebelum korang ratakan dekat muka selama 20 minit juga. Waktu nak bilas tu, better guna air suam atau air mawar untuk kekalkan kesegaran.

BETIK

via GIPHY

Nak maintain baby face, kena la selalu pakai maskΒ betik ni. Baru la sel kulit mati akan tertanggal dari kulit muka. Kulit korang pun akan jadi lebih cantik dari dalam since buat betik mampu merawat kulit kita dari dalam tau. Korang cuma perlu blend satu atau dua potong betik dan letak sedikit madu. Then biar dekat muka sampai kering dan basuh dengan air suam before lap dengan kain bersih.

EPAL

via GIPHY

An apple a day keeps a doctor away! Hehe! MaskΒ epal sesuai untuk korang yang ada kulit muka berminyak sebab ia akan serap segala minyak berlebihan dekat muka dan jadikan kulit lebih bersih. Blend epal tanpa air dan ratakan dekat muka selama 30 minit. Dah kering korang just basuh guna air suam atau air sejuk.

Yeayy! Lepas ni mesti semua #Lunagirls cantik-cantik belaka! Make sure setiap kali pergi supermarket, beli buah-buahan banyak-banyak. Lebihan buat maskΒ tu boleh la buat makan.. 2 in 1 orang kata! Hihi..

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tengah Nak Bercinta? Jom Tengok Cerita Ni…

Rambut Kerinting? Penyabar orangnya.. Rambut Korang Style Apa? πŸ’‡πŸΌ