in , ,

Masalah Utama Si Pemakai Cermin Mata! #ICanRelate

Sumber gambar: Verywell Health
Sumber gambar: Instagram Lunaria

Alaaa.. berkabus pula cermin ni! Mana nak cari kain cermin ni.. ahh! Lap jelah pakai baju..

Haipp! Tak boleh lap cermin mata guna kain sebarangan tau.. habis bercalar cermin tu nanti! Ainaa faham sangat situasi yang korang alami.. Sebab Ainaa sendiri pun pakai cermin mata..  Psst! Meh Ainaa kongsikan tips and tricks untuk elakkan cermin mata  berkabus macam tu!

GUNA UBAT GIGI

Sumber gambar: impiana

Selain guna ubat gigi untuk gosok gigi, korang boleh juga gunakan ubat gigi untuk elakkan cermin mata berkabus. You just need to apply ubat gigi tu dekat cermin mata bahagian depan dan belakang. Biar je dalam beberapa minit kemudian basuh guna air bersin dan lap okay!

SHAVING FOAM

via GIPHY

Tanya dekat ayah atau abang korang  ada simpan shaving foam atau tak.. This time kita akan guna shaving foam sebagai alternatif untuk elakkan cermin mata berkabus! Sama je caranya iaitu ratakan foam tu dekat bahagian cermin depan dan belakang sebelum bilas guna air bersih. Make sure buat perlahan-lahan ya sebab kita tak nak cermin mata tu calar.

PENCUCI PINGGAN

Sumber gambar: m.erabaru.net

Untuk cara guna pencuci pinggan ni, korang kena sediakan satu tuala bersih dan tuangkan sabun pencuci dengan berhati-hati sebab takut nanti tertumpah banyak sangat pula. Biar je dalam masa 15 minit atau kalau nak lagi berkesan, biar sampai kering sebelum lap guna kain mikro fiber!

VASELINE

Sumber gambar: Poppy Juice

Letak dekat bulu mata untuk lentikkan dah.. Tapi korang dah letak dekat cermin mata ke belum? Haaa, bukan setakat boleh lentikkan bulu mata, vaseline pun boleh buat cermin mata korang ‘dilindungi’ daripada berkabus akibat udara yang sejuk! Lepas dah ratakan vaseline tu, lap je terus guna kain fiber hingga bersih.

Lega tak #Lunagirls lepas baca tricks yang Ainaa bagi ni? Lepas ni tak ada la bergaduh dengan cermin mata sebab stress asyik berkabus je.. Yass!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Baju Lubang Jangan Buang.. Kita Tampal Je!

Lisa BLACKPINK Ramai Followers Malaysian?