in ,

Masalah Keputihan Warna Coklat Dan Berbau? Oh No!

Sumber Gambar: http://www.crystalxjateng.com

Keputihan adalah satu masalah biasa yang sering terjadi di kalangan remaja! Kebiasaanya ia datang selepas atau pun sebelum datang bulan.. Kalau #Lunagirls nak tahu, keputihan ini terjadi akibat gabungan air, bakteria dan sel-sel mati daripada lapisan dinding! Dan keputihan ini juga ada yang normal dan tidak normal.. Macam mana nak tahu normal atau tak? Ini jawapannya..

TEBAL DAN BERWARNA PUTIH

Sumber Gambar: https://www.remaja.my

Kalau keputihan berwarna putih dan agak pekat biasa akan terjadi waktu nak period dan selepas period! Jangan risau #Lunagirls, keputihan ini normal dan tak perlu ditakuti.. okay?

BERCAMPUR COKLAT

Sumber Gambar: https://www.remaja.my

Keputihan warna coklat cair macam ini dikategorikan dalam peringkat normal jika ia berlaku selepas korang period! Sebab ia menunjukkan vagina korang sedang membersihkan dinding faraj daripada darah kotor yang tertinggal di dalam..

TEBAL DAN GATAL

Sumber Gambar: https://www.remaja.my

Kalau keputihan #Lunagirls menyebab korang rasa kegatalan di bahagian vagina, ia bermakna korang alami jangkitan! Dan kalau tekstur keputihan pekat, korang mungkin mempunyai jangkitan yis yang perlu dirawat! Oh no! Cepat dapatkan rawatan sekiranya ya #Lunagirls..

BERCAMPUR DARAH

Sumber Gambar: https://www.remaja.my

Kalau keputihan #Lunagirls ada sedikit darah (bukan di sebabkan period), kemungkinan ia disebabkan oleh radangan pada pangkal rahim! Tapi ia juga mungkin sebagai salah satu tandakanser servik. Keputihan macam ni juga #Lunagirls perlu dapatkan rawatan segera tau!

NIPIS DAN SEPERTI PUTIH TELUR

Sumber Gambar: https://www.remaja.my

Sekiranya keputihan ini terjadi ketika tengah bulan, ia bermakna korang dalam tempoh subur! It’s normal girls!Β Ia terjadi apabila ovum korang sedang active untuk reproduction..Β so keputihan ini agak berlendir dan banyak!

Tak dinafikan keputihan ni kadang-kadang boleh ganggu aktiviti seharian kita! Sampai boleh rasa tak selesa.. Huhu! Jadi untuk kebersihan, LUNARIA cadangkan untuk korang pakaiΒ pantyliner dan juga menukarnya setiap 4 jam okay! Jangan pakai terlalu lama kerana ia akan menambahkan lagi bakteria.. Take care girls!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#LunaSquad: 5 Jenis Student Yang Ada Dalam Kelas!

Bag Sekolah Berat Bawa Buku Ke Bawa Batu?