in ,

Masak Nasi Lemak Mudah Cara Pelajar Sekolah

Sumber gambar: youtube.com/WeensVlog

Sebagai orang Malaysia, rata-rata antara kita semua memang memilih nasi lemak sebagai makanan kegemaran sebab rasanya yang berlemak, manis, pedas dan crunchy begitu, betul tak? Haha! jadi kalau selama ini korang selalu beli atau harap mak korang sahaja yang masak memang tak best sangat kan! Apa kata kali ini korang ambil giliran untuk cuba masak nasi lemak dan hidang pada keluarga korang pula! Mana tahu, lama-lama boleh jadi master dalam hidangan nasi lemak! Tak tahu nak masak? Jangan risau, kami kongsi resepi paling senang sebab mudah sahaja sebenarnya tau.

SANTAN & PANDAN

Sumber gambar: rasa

Antara yang paling penting dalam penyediaan nasi lemak, sudah pasti lah nasinya kan! Korang basuh sahaja beras seperti biasa dan masukkan santan, daun pandan dan letak kan sedikit garam, bawang kalau nak dan halia supaya aroma nasi lemak korang itu lebih wangi dan sedap. Kalau tak tahu macam mana nak sukat santan itu, sebenarnya jumlahnya sama dengan sukatan beras korang. Ala, sama macam masak nasi putih itu je…

TELUR

Sumber gambar: noriatisaud

Sebab apa telur? Sebab majoriti orang Malaysia memang suka hidangan yang mudah. Sambil tengah tunggu nasi korang dimasak itu, korang boleh buat telur mata kerbau atau telur rebus untuk hidangan nasi lemak korang. Kalau nak masak ayam ke, paru, sotong dan lain-lain itu boleh juga mengikut citarasa korang. Memang best!

SAMBAL TUMIS

Sumber gambar: rasa

Apa yang korang perlu untuk buat sambal tumis ini adalah cili boh iaitu cili kering yang telah direbus dan dikisar, bawang merah atau bawang besar, bawang putih, halia, asam keping atau air asam jawa, gula dan garam. Ikut lah agak-agak korang berapa banyak hidangan yang korang perlukan dan kalau korang suka belacan pun korang boleh letak.Β 

IKAN BILIS

Sumber gambar: siraplimau

Akhir sekali, antara yang menaikkan rasa crunchy nasi lemak itu adalah ikan bilis yang telah digoreng. Untuk nak bagi ikan bilis korang lebih crunchy kriuk kriuk itu. Korang pastikan selepas korang cuci ikan bilis itu, korang letak dan keringkan di atas kain yang bersih. Bila minyak dah betul-betul panas, baru korang masukkan ikan bilis itu dan biarkan sehingga ia masak. Wajib perhati ikan bilis itu dengan teliti sebab ikan bilis ini cepat masak, risau hangus pula.Β 

Senang sahaja kan! Dan tak ambil masa yang lama pun untuk korang sediakan hidangan nasi lemak ini untuk korang dan keluarga makan bersama. Mana tahu, kalau nasi lemak korang sedap. Bila tengah bosan cuti sekolah nanti. Korang boleh lah cuba jual sikit-sikit kan? Kan korang untung tu! Hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jika Suka Sangat Main TikTok, Buruk Padahnya

Boleh Ingat Lagi Ke Kalau Study Sekarang?