in ,

Marvel Lagi Best Dari DC?

Sumber Gambar: https://www.nme.com

Persaingan antara Marvel dan DC Comics ni memang dah terjadi selama bertahun-tahun. Dengan karakter superhero yang power, membuatkan dua dunia komik gergasi ni bersaing hebat. #Lunagirls lebih kenal karakter yang mana? Hm! Mesti Marvel kan, ye la kan baru lepas tengok End Game, kalau karakter DC pun cuma kenal Superman and Batman je. Tapi sebenarnya memang filem Marvel lagi best sebab..

FILEM LEBIH KONSISTEN

Sumber Gambar: https://www.youtube.com/

Selama 11 tahun ni, Marvel Studio telah menghasilkan lebih 22 filem iaitu dua filem setahun. Tapi  DC, hanya menghasilkan 7 filem dalam tempoh 7 tahun. Ni menunjukkan yang Marvel lebih konsisten keluarkan filem compare dengan DC. Kalau korang perasan di setiap cerita Marvel mesti akan ada connection antara satu sama lain, kalau tertinggal satu, mesti tak faham apa yang jadi. Sebab tu la korang ‘wajib’ follow setiap filem yang dikeluarkan.

PEMILIHAN WATAK

via GIPHY

Kebanyakan pemilihan watak di dalam Marvel, dimainkan oleh pelakon yang famous dan ada rupa. Contoh macam Chris Evan atau dikenali sebagai Captain America, dah la ada rupa, ada super power yang hebat pulak tu. Senang cerita memang onz untuk mencuci mata hihi. Tak macam DC, kadang-kadang kita tak kenal pun siapa pelakon di sebalik costume yang dipakainya.

ADA KOMEDI

via GIPHY

Ramai yang complaint yang filem DC ni terlalu serious, dan berlatar belakangkan kegelapan. Tak seperti Marvel yang sentiasa selitkan komedi walaupun scene tu tengah serious.  Elemen komedi ni sebenarnya dah lama diterapkan since zaman penulisan Stan Lee lagi tau. Ye la, kalau cerita tu tak kelakar mesti bosan kan, lagipun ni cerita Superhero bukan cerita air mata.

RESPONSE LEBIH BAIK

Sumber Gambar: https://www.forbes.com/

Korang mesti ada tengok Suicide Squad kan? Masa nak tengok dekat wayang, semua ticket sold out . Tapi girls filem ni juga la merupakan antara filem DC yang mendapat rating yang rendah tau, iaitu 26% undian  je. Ada juga yang lagi teruk, which is filem Cat Women dengan 9%. Seteruk filem Marvel pun, ia tetap mendapat undian 66% dengan filem Thor : The Dark World 2013.

Dekat sini nampak la yang movie Marvel lebih hebat dari DC. Walau macam mana pun mereka still bersaing tanpa menjatuhkan antara satu sama lain. Macam ni la semangat yang bagus girls, korang pun mungkin boleh jadi kan ia sebagai contoh.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Air Manis Buat Badan Penat Bila Berpuasa?