in ,

Markah 70/100 Di Kira Gagal Di Korea? Korang Patut Bersyukur Jadi Malaysian

Sekarang ini hampir semua orang suka sangat dengan Korea disebabkan budaya Hallyu dan K-Pop telah mempengaruhi lifestyle ramai orang. Sehinggakan ada yang wish untuk jadi warganegara Korea oulss! Hmm, kalaulah awak semua tahu beberapa fakta yang tak best tentang Korea, mesti korang bersyukur sangat jadi rakyat Malaysia. 

Selain itu, pernah tak #Lunagirls terfikir macam mana sistem grading atau sistem pemarkahan di negara selain daripada Malaysia? Untuk pengetahuan korang, ada beberapa negara yang sama dan selaras dan ada yang memang tak masuk akal untuk kita yang tak biasa dengan sistem grading mereka. Zoe rasa, setiap sistem grading di negara mesti ada sebab tersendiri kenapa mereka buat sistem tertentu seperti itu tapi untuk Korea, mesti #Lunagirls akan terkejut!

Sumber gambar:

Macam yang kita tahu sistem grading di sekolah dan di universiti adalah berlainan. Kalau sekolah-sekolah di Malaysia bawah 40 peratus baru kita dikira F atau gagal tetapi kalau sekolah-sekolah di Korea, bawah 60 peratus sahaja korang semua sudah dikira F dan gagal. OMG! Bayangan betapa struggle-nya pelajar Korea kena study. Mesti waktu ini awak dah wonder kenapa orang Korea sangat study hard setiap hari, lepas sekolah terus pergi kelas tambahan sampai malam dan balik dari seharian pun masih belajar. 

Sistem grading di sekolah Korea ini dah hampir sama dengan sistem universiti di negara kita, Amerika Syarikat, Jepun, Britain dan lain-lain tau. Kalau sistem grading universiti di Korea pulak bawah 70 peratus korang dah dikira gagal. OMG! Mahu stress kepala asyik belajar hadap buku sahaja setiap hari. Nasib baik Zoe belajar di Malaysia sahaja, yeay! I love Malaysia! Belajar di mana-mana pun sama saja betul tak? 

via GIPHY

Jadi #Lunagirls yang selalu “wish I was born in Korea” itu macam mana? Nak lagi ke jadi warganegara Korea? Ke nak belajar di Korea selepas ini? Boleh saja kalau korang nak cuba cabar diri korang untuk jadi yang terbaik dan tak salah pun tapi kalau korang yang sebaliknya dan malas belajar, tak payahlah berangan ya, haha! Nanti senang-senang saja korang dapat stress yang melampau, lepas itu menangis sebab tak boleh nak buat. Hehe!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Netizen Cringe Adik Beradik Kembar Keluar ‘Date’

Betul Ke Main Phone Dalam Toilet Boleh Buasir?!😱