in ,

Marah & Protes Sampai Pecahkan iPhone Sendiri?!

Sumber gambar: http://gemarbisnes.blogspot.com/2015/02/buat-duit-dengan-youtube.html

Girls, korang ingat tak beberapa hari lepas Ainaa ada buat article tentang ‘pergaduhan’ antara syarikat telefon pintar terkenal, Apple dengan Huawei sampai libatkan pihak kerajaan Amerika Syarikat? Hari ini ada a few updates terbaru tentang isu Huawei, yang makin hari makin panas dekat China!

Katanya penduduk dekat China tengah dalam operasi musnahkan iPhone yang diorang gunakan secara besar-besaran, tanda protes tentang isu pergaduhan antara Huawei dan Apple.

Tapi nampaknya phone yang diorang musnahkan tu ialah keluaran lama iPhone 4 dan bukannya keluaran terbaru. Boleh dikatakan apa yang kebanyakan penduduk China buat ialah untuk mempertahankan produk keluaran negara diorang, which is negara keempat terluas di dunia!

Sampaikan ada potongan dalam video tu mengatakan, mana-mana pekerja yang gunakan phone Huawei akan dinaikkan gaji, tapi yang pakai iPhone tak ada kenaikkan gaji. Takkan la sampai macam tu sekali, kan?

For those yang still tak clear lagi pasal isu ni, these are a few things yang korang kena faham tentang pergaduhan antara dua negara ni. First, pihak Apple minta tolong pada kerajaan Amerika Syarikat untuk ambil tindakan pada Huawei sebab kadar permintaan phone Huawei dekat sana sangat tinggi seiring dengan permintaan phone Apple.

Sumber gambar: https://gadgets-africa.com/2019/05/19/us-trade-wars-huawei-bite-back-apple/

At the same time, pihak US juga cuba untuk sekat segala macam perkhidmatan yang digunakan oleh pihak Huawei atas sebab kononnya Huawei pasang spy dekat phone yang dah dijual dekat Amerika. Huawei pula tengah dalam proses untuk upgrade penggunaan telefon hingga capai tahap 5G. Lagi la Apple rasa tercabar!

Lepas dah selidik itu ini cari info semua, Ainaa dapati yang video pecahkan iPhone tu sebenarnya dah lama dan mungkin ada kaitan dengan apa yang jadi sekarang. Amboi, kira fake news ke macam mana ni? Tapi kalau betul benda tu jadi, tak terkejut pun sebab macam yang kita tahu penduduk China sangat sayang dengan negara mereka.

**Daripada diorang pecahkan phone tu, baik bagi free kat kita je kan, girls? Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pergi Karaoke Boleh Kuruskan Badan? Biar Betul!

Rambut Raya Macam Bulu Ayam? Oh Tidakkk!