in , ,

Manis-Manis Nak Pergi Mana?

Sumber gambar: https://www.thestylistsguide.com.au/dessert-bars
Sumber gambar: Lunaria.com.my

“Dah tidur cukup pun masih penat, hm…”

Kadang-kadang tak faham la dengan badan sendiri, nak apa lagi pun tak tahu la. Ugh! Sebenarnya bukan salah badan, tapi salah korang yang abaikan kesihatan sampai boleh effect sistem imunisasi dan ketahanan badan. Nak sihat tak cukup dengan hanya makan healthy food and workout out je tau, tapi korang tertinggal perkara ini ..

AMBIL BANYAK GULA

via GIPHY

Sedap kan makanan dan minuman yang bergula ni #DessertLover Haa, kalau korang nak tahu tanpa korang sedar gula ni boleh melemahkan badan selama lima jam selepas lima minit pengambilannya. Lagipun kalau terlebih gula ni merbahaya sebab risiko untuk kena penyakit kencing manis tu tinggi. So hati-hati ya girls.

TIDUR TAK CUKUP

Sumber Gambar: https://health.spectator.co.uk

Ha! Malam-malam tu jangan lah selalu main handphone lama sangat girls, especially esoknya tu  sekolah. Badan kita perlukan energy untuk kekal bertenaga, sebab tu pentingnya untuk dapatkan rehat sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Kalau badan cukup rehat, korang pun akan ready untuk mulakan hari baru.

STRESS

via GIPHY

Bila kita terlalu banyak berfikir, automatik kita akan stress. Kadang-kadang tu bila otak dah serabut, ia akan menarik segala tenaga dekat badan. Kalau korang perasan, kita akan cepat sakit bila tengah stress. Otak kan the main “powerhouse” yang control badan. Sebab tu penting untuk kita handle stress. Kalau ada banyak sangat masalah, why not share dengan parents atau orang yang korang paling percaya. Mana tau, dorang ada solution masalah tu.

PAKAI BARANG ORANG

Sumber Gambar: https://www.idntimes.com

Memang macam tak logik, tapi tu antara salah satu sebabnya girls. Ye lah! Kita tak tahu barang yang kita pinjam tu pernah dibersihkan atau tidak. Jangan sangka barang tu bersih, mana la tau ada bakteria ke kat situ.. Jadi berhati-hati masa nak pinjam, kalau boleh bersihkan dulu sebelum guna untuk mengelak sebarang penyakit.

ALWAYS HAPPY

via GIPHY

Kalau korang ada masalah kat rumah atau kat sekolah, janganlah lepaskan dekat orang lain. Kalau boleh, selesaikan dengna positif. Bila korang happy, semua orang happy, lama-lama korang pun akan happy dan badan pun takkan rasa penat sebab terlalu fikirkan masalah. Bayangkan masuk pagar sekolah nampak crush senyum dekat kita, alahai dunia ni mesti akan berubah jadi yang indah-indah je hihi.

Kalau korang cuba buat apa yang Ummi suruh ni, mesti korang akan happy dan tak rasa penat lagi. Nampak macam simple tapi ia sebenarnya akan bagi big impact tau dekat korang. Jadi cukupkan tidur, kurangkan manis sebab korang dah cukup manis untuk ceria kan hidup orang lain.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Recycle Serbuk Kopi Untuk Cantikkan Muka

Kenapa Asyik Rasa Malas Nak Study Ni?