in ,

Manfaat Lama Duduk Rumah Yang Korang Mungkin Tak Perasan

Sumber gambar: pinterest.at/ajucaratmuchboo

Sedar atau tidak, walaupun kita dah di tahap pishang sangat duduk rumah, sebenarnya ada banyak sangat manfaat yang kita dapat dan tak perasan pun selama perintah kawalan pergerakan ini. Ada beberapa yang LUNARIA akan kongsikan dengan korang dan mesti akan ada antara korang macam “eh aah iya lah!” Tak percaya? Cuba baca dibawah ini! 

BANYAK WAKTU BELAJAR

Sumber gambar: weheartit

Memang sesuai sangat untuk pelajar seperti korang. Mungkin ada sesetengah cikgu sekolah tak ramai yang beri kerja rumah banyak sebab mereka tak boleh mengajar. Akan tetapi selain daripada cikgu yang rajin buat online class, korang ada banyak sangat waktu untuk belajar. Ya, kita haruslah sentiasa bersedia untuk belajar walaupun kemungkinan banyak peperiksaan penting akan dianjakkan. Korang pun boleh belajar sendiri dan skor waktu peperiksaan nanti tau! Kalau nak berjaya, korang perlu sedar diri dan belajar sendiri gituu…hehe! Orang kata, sediakan payung sebelum hujan.

DIET SEIMBANG

Sumber gambar: foodrepublic

Bila dah duduk rumah lama dan dah macam-macam benda makan, selera makan kita pun mungkin akan berkurangan. Sebab ada diantara kita yang sampai dah malas nak makan masakan parents, siap ada yang volunteer untuk masak makanan sihat pula bagi satu keluarga makan dan jaga kesihatan sama-sama. Bukan setakat itu saja, mesti ramai juga yang baru perasan makanan diet seimbang ini banyak yang sedap! Boleh je nak cuba makanan viral yang ada di media sosial tapi jangan selalu okay..

SKINCARE ROUTINE TERJAGA

Sumber gambar: pinterest

Bukan setakat itu sahaja, bila dah bertapa dalam rumah, ramai yang rajinkan diri untuk jaga kulit. Uish! Dah lama tak kena matahari, mesti nanti bila Covid 19 dah pulih, ramai yang semakin cerah dan flawless betul tak? Sebab duduk rumah, korang tidur cukup, minum air pun cukup dan rajin buat rawatan muka DIY gitu? Ingat ya, jangan pula ada yang mandi sehari sekali je.. kesian kulit kita.

KURANG KEMALANGAN

Sumber gambar: bernama

Ini pun mungkin antara salah satu khabar yang sangat baik sebab jumlah kemalangan pun kalau kita lihat berkurangan dan kurang khabarnya sebab kalau kita lihat, minoriti sahaja orang yang keluar rumah selain ketua keluarga yang beli keperluan rumah. Sudah pasti disebabkan jalan raya tiada orang sangat, ramai pemandu akan membawa kereta dengan lebih berhari-hati. Ini pun khabar yang memang best untuk kita dengar, sebab kalau tak mesti akan ada berita kemalangan yang tak best akan keluar.

Sebenarnya, banyak lagi manfaat duduk rumah lama yang memang kita tak perasan yang beri kesan yang baik. Cuba korang kongsi pula apa manfaat korang duduk rumah selama stay at home ini? Kita sama-sama tahan sikit saja lagi okay! Doa selalu supaya Covid 19 ini akan pulih satu dunia dengan cepat ya! Nanti boleh kita keluar sama-sama dengan kawan-kawan dan hirup udara segar lagi! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Buat Diri Rasa Happy Bila Lama #DudukRumah

Muka Macam Rose BLACKPINK, Influencer Ini Dikecam!