in ,

Malas Punca Kulit Kering!

Sumber gambar: https://affderm.com/2018/05/15/20-easy-treatments-for-flaky-and-dry-skin-on-your-forehead-and-face/

Malas minum air tapi nak muka flawless? Memang tidak la girls! Lebih lagi kalau korang seorang yang malas nak jaga skincare routine. Korang rasa tak yang muka korang kering kusam kan? Mesti rasa terganggu dengan semua masalah tu kan? Dekat bawah ni, Ainaa ada senaraikan tanda-tanda kulit kita dehydrated tak cukup air…

KULIT MENGELUPAS

Sumber gambar: http://alorafoundationfriendly.blogspot.com/2017/11/8-cara-mengatasi-kulit-wajah-yang.html

Biasanya korang akan nampak kulit mengelupas di bahagian pipi dan dahi. Lagi masalah kalau tahap mengelupas tu seperti kulit ular bersisik. Tambah sakit hati bila tutup guna makeup, confirm lagi nampak lagi jelas kulit mengelupas tu. Oh no! Dah sampai tahap macam ni, apa yang korang kena buat ialah minum air banyak-banyak! Ingat ya #Lunagirls, sekurangnya kita kena minum 8 gelas air kosong sehari!

KULIT RASA KETAT

Sumber gambar: https://www.medicalnewstoday.com/articles/325051.php

Punya la seksa nak gerakkan mulut sebab kulit muka rasa ketat sangat! Bila dah jadi macam ni, mula la baru terkial-kial nak cari moisturizer sebab takut makin keras pula muka tu. Boleh je pakai moisturizer, tapi makan masa sikit la nak elokkan balik okay?

KULIT BREAKOUT

Sumber gambar: https://www.acne.org/forums/topic/367490-very-sudden-massive-breakout-all-over-face/

Mula la tumbuh jerawat dekat hidung, dahi, pipi eh semua tempat nak ada jerawat pula! Benda ni jadi sebabkan kulit muka terlalu kering sehinggakan oil moisture barrier dah kurang. Boleh jadi kemurungan bila muka breakout ni sis.. Nampak tak betapa pentingnya minum air dengan cukup!

KULIT KUSAM

Sumber gambar: https://www.classlifestyle.com/news/32574/for-the-tired-face-flour-also-wonders-every-evening/eng/

Bangun tidur tengok cermin, terus rasa terkejut! Ingatkan ada orang lain, rupanya tengok diri sendiri! Tak cukup dengan tu, kulit pun rasa kusam dan penat. Pakai makeup pun still nampak macam ada yang tak kena. Korang kena do something before jadi lagi teruk ya.. Penjagaan kulit sangat penting untuk kita diusia muda!

Korang sanggup ke nak lalui fasa macam dekat atas ni? Kalau jadi dekat Ainaa, boleh menangis tau sebab tak sanggup nak meratap kesalahan sendiri. Before jadi teruk, baik minum air banyak-banyak dan pakai produk yang sesuai dengan kulit muka. Haa, weekend ni nak pergi short vacation dengan family? Jangan lupa bawa skincare produk korang tau! Kalau nak lebih mudah, #Lunagirls boleh check out tawaran SuperDeals, ada set skincare Buy 1 Free 1: Biothik Active Travel Pouch Kit! Boleh share dengan kakak atau adik!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lipstick Comot? Say No More! 💄 💋

Ini Kisah Tentang Blackhead & Whitehead…