in ,

Malas Nak Pergi Sekolah Bila Dah Lama Cuti!

Sumber gambar: https://www.amazon.co.uk/Bigmouth-Crazy-Clucking-Chicken-Alarm/dp/B00TUWF62G

Arghhh, cepatnya cuti dah habis!! Rasa malas sangat nak buat kerja sekolah dan bangun pagi! Please la sambung cuti lama sikit..

Siapa selalu macam ni angkat tangan! Ya.. Ainaa faham sangat perasaan korang sebab Ainna pun selalu rasa macam ni juga.. Huhu! Tapi sebenarnya tak boleh la nak malas-malas macam tu..Β Before kemalasan tu jadi lebih tepu, meh baca tipsΒ special daripada Ainaa untuk buang sikit rasa malasdalam diri okay!

FIKIR MASA DEPAN

Sumber gambar: http://www.nu.or.id/post/read/76767/perihal-masa-depan-yang-misterius-i

Sesungguhnya masa depan itu lebih penting daripada tidur dan lepak… Ingat la bahawasanya masa depan kita ni masih lagi panjang dan banyak lagi benda yang akan kita tempuh. Daripada bermalas-malasan macam ni, ada baiknya korang bangun dan segarkan diri!

INGAT EXAM YANG DAH DEKAT

Sumber gambar: https://www.indianfolk.com/exams-outdated-edited-sneha/

Amboi, ingat lepas raya boleh lepak je ke dekat kelas? No no no… Ada banyak exam yang sedang menanti lepas ni. Exam pertengahan tahun, ujian bulanan lagi, buatnya ada kuiz pula tiba-tiba. Habis la korang, dah la tengah lemau baru habis cuti sekali kena exam pula. So, pergi la study sekarang ya girls semua.

PERGI SEKOLAH BOLEH JUMPA CRUSH

via GIPHY

Hari korang dekat sekolah lebih bermakna kalau dapat jumpa crush? Okay pergi la sekolah cepat! Mana tahu lepas tatap rambut pacak crush tu terus semangat korang nak ke sekolah. No more malas-malas berat bontot ya. Kalau malas, tak dapat jumpa crush. Tapi jangan gatal pula pergi sekolah semata-mata nak jumpa si dia ya.

MULAKAN DENGAN SENAMAN

via GIPHY

Pagi-pagi sebelum korang mulakan aktiviti, buat sikit aktiviti ringan macam regangan badan atau jogging setempat. Senaman akan buat korang lebih segar dan bertenaga. Tetapkan dalam hati yang ada benda penting yang perlu korang archive! Jangan pula korang jadi malas balik bila tengok kawan-kawan lain yang still bercuti.

Dah masuk minggu ketiga kita sambut raya, takkan korang still malas lagi nak pergi sekolah dan buat aktiviti harian? Takkan nak baring je depan TV hari-hari kan? Do something okay girls!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Yay! TWICE Buat Konsert Bulan Ogos Ni!

Cara ‘Lawan’ Dengan Orang Selalu Nak Menang!