in ,

Malas Cuci Muka Punca Masalah Jerawat

Sumber gambar: https://www.verywellhealth.com

Ala! Geramnya dengan jerawat semua ni, susahlah nak cuci muka macam ni. Kalau picit karang berparut pula.. Haihh!

Sabar ya girls, adalah lebih baik korang tak terus picit jerawat yang ada nanti habis muka akan bertambah teruk tau. For those yang ada masalah jerawat, kita kena ambil berat lebih sikit bab kebersihan muka. Korang kena double rajin cuci muka supaya segala macam jerawat takkan berani nak lepak lama dekat muka korang. Jom cuba ikut tips special Ainaa kongsikan dibawah!

KULIT KERING

Image result for kulit kering jerawat
Sumber gambar

Untuk yang berkulit kering, korang hanya perlu cuci muka sekali sahaja tau! Sebab bila terlampau kerap cuci, muka akan jadi lebih kering. Tapi kalau rasa tak selesa, boleh je korang cuci paling kerap pun dua kali sehari sahaja. Jangan lupa pakai toner dan pelembab supaya kulit muka korang kekal hidrat dan tak kusam okay! Kulit yang kering akan mudah ada kedutan muka.

KULIT SENSITIF

Image result for sensitive skin
Sumber gambar

Sama juga seperti kulit kering tadi, korang disyorkan cuci sekali sahaja dalam sehari. Dalam keadaan kulit yang sensitif, kita tak boleh terlampau terdedah dengan bahan yang ada dekat dalam pencuci. Kalau rasa rimas, korang boleh juga cuci waktu bangun pagi lepas mandi dan malam sebelum tidur. Dan sangat penting untuk pakai toner dan pelembab supaya kulit korang kekal sihat.

KULIT BERMINYAK

Image result for kulit muka jerawat berminyak
Sumber gambar

This is special case sebab korang kena cuci muka at least dua kali sehari disebabkan keadaan kulit muka berminyak akan buat korang rasa tak selesa. Bila korang cuci muka waktu pagi, ia akan buang segala kotoran minyak yang terkumpul waktu tidur malam tadi. Untuk malam pula, ia akan buang segala kotoran yang terkumpul waktu sehari suntuk dekat sekolah. So, untuk kurangkan minyak tu, boleh la pakai scrub at least dua minggu sekali supaya kulit muka terjaga.

via GIPHY

Since dekat drugstore ada banyak pilihan pencuci muka, korang kenalah pilih pencuci yang khas untuk masalah jerawat. Make sure sesuai dengan jenis kulit korang okay. Tapi kalau keadaan jadi lagi teruk, cepat-cepat jumpa dengan pakar kulit ya. Ingat girls, apa yang sesuai dengan kulit muka kawan kita, tak semestinya sesuai dengan kita. Pastikan cuba dulu okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cuba Surfing Kat FlowRider!

Nak Reject Tapi Takut Dia Terasa? Cuba Cara Ini