in ,

Maksud Disebalik Lagu-Lagu TikTok Yang Pernah Viral

Sumber gambar: Youtube.com

Best lagu ni, bolehlah kita buat video TikTok guna lagu ni. Barulah lain daripada yang lain!

Hmm, korang perasan tak sekarang ini banyak lagu yang selalu kita dengar dalam video TikTok tapi sekarang famous di radio. Setiap kali buka radio mesti ada lagu-lagu tersebut dimainkan walaupun lagu tersebut dah lama release, mungkin sekitar dua tahun lepas atau tahun lepas. Sebagai orang yang rajin layan TikTok, mungkin korang sendiri tak terfikir apa agaknya maksud disebalik sesebuah lagu-lagu tersebut. Sekali dengar macam best tapi tak faham sangat liriknya.

Sebelum korang salah pilih lagu untuk video yang korang edit, baik korang teruskan baca artikel ini untuk tahu apa maksud disebalik lagu yang selalu digunakan dalam viedo TikTok. Sekurangnya selepas ini bila dah tahu tidaklah kita akan salah pilih lagu.

DEATH BED- POWFUL

Ada dua anggapan terhadap lagu ini. Satu ialah lagu tentang hubungan yang berpisah disebabkan kematian. Satu lagi pula ialah tentang hubungan yang sudah terpisah iaitu tentang ex boyfriend and ex girlfriend. Disebabkan hubungan mereka berakhir, masing-masing perlu move on dan tenangkan hati sendiri. End up mereka cuba untuk tidak tidur dan minum secawan kopi supaya tak tidur dan dapat luangkan masa bersama-sama. Korang selalu guna lagu ini untuk vibe video macam mana?

ANY SONG – ZICO

Bermula dengan tarian yang viral waktu mula-mula TikTok menjadi kegilaan kebanyakan anak muda secara tiba-tiba semenjak PKP, lagu Any Song menjadi ‘kegilaan’ dan trend bila ramai yang siap hafal step tarian untuk lagu ini. Any Song merupakan lagu nyanyian Zico daripada kumpulan boy band Block B. Apa yang best ialah lagu ini langsung tak ada maksud ya. Macam kelakar tapi ini memang fakta sebab menurut Zico sendiri dia memang bercadang untuk cipta lagu yang tiada maksud supaya orang yang dengar lagu ini tak perlu berfikir apa-apa, just enjoy je lagu ini. Unik betul..

CUTE- HARITHZAZMAN, MFMF. DAN LOCA B

Tak payah cakap banyak tentang lagu ini, rasanya ramai dah tahu tentang lagu Cute. Siapa yang mudah berbunga mesti asyik tersengih macam kerang busuk bila tengok MV lagu ini sebab feeling macam Harith nyanyi untuk korang. Untuk pengetahuan korang, lagu Cute ini Harith ciptakan khas untuk crush dia dan tanpa sedar lagu ini dapat sambutan hangat daripada pendengar sampai ramai yang buat video TikTok. End up crush Harith notice tentang lagu ini dan dia membuat kemunculan khas di dalam MV Cute sendiri. Seronoknya bila crush notice kewujudan kita. Mungkin selepas ini ramai akan mula cipta lagu untuk crush, dengan harapan.. “Hello crush, saya dah lama suka awak..”

HAREUDANG

Korang bukanlah kaki TikTok sejati kalau korang tak pernah buat video menari menggunakan lagu ini. Kira tak cukup legend sebab lagu ini merupakan salah satu lagu ‘wajib’ untuk TikTokers. Video korang akan lengkap kalau ada effect slow motion ya guys. Itu memang wajib ada kalau pakai lagu ini, kalau tak letak nanti video korang akan jadi ‘kosong’. Lagu ini sama seperti lagu Any Song di mana ia tiada maksud, kosong sahaja lagunya cuma part ‘panas panas panas’ sahaja yang nampak menarik. Apa pun kalau korang tak pernah guna lagu ini lagi, baik buat sekarang supaya korang tak ketinggalan dengan trend dekat TikTok.

Harapnya lepas ini korang lebih alert dengan segala lagi yang trending supaya tak ada tersalah pakai lagu ya. Btw sekarang ini kami baru settle hafal step lagu Mariposa, boleh dah buat video kat TikTok. Ada yang sudi duet? Komen di bawah..

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ciri-Ciri Orang Psikopath, Korang Punyai Ciri Yang Tersenarai Tak?

Peminat V BTS Bina Sekolah Untuknya, Tahniah!