in ,

Makin Laku, Video Dangdut Upin Ipin Raih 12 Juta Tontonan

Sumber gambar: Youtube Les' Copaque

Siapa je yang tak kenal dengan adik-beradik kembar botak dua orang ini? Upin Ipin bukan setakat famous di Malaysia tapi di Indonesia, Singapore dan Brunei pun ada juga yang kenal dengan mereka ya! Nampaknya dua beradik kembar ini dah berjaya ‘kembangkan sayap’ ke luar negara bukan sahaja di Malaysia.

Setiap kali buat movie, confirm akan laku dan menjadi kegemaran ramai bukan sahaja kanak-kanak tetapi termasuk orang dewasa juga. Tak mustahil kalau Upin Ipin ada buat lagu baharu, akan mendapat sambutan ramai. Begitu juga dengan lagu joget dangdut Upin Ipin ini. Baru sahaja satu minggu ditayangkan tetapi kini MV lagu Goyang Upin & Ipin telah berjaya meraih sebanyak 12 juta kali tontonan di YouTube! Baru sahaja sehari ditayangkan, mereka sudah berjaya mencapai jumlah tontonan seramai 1 juta!

Tak terkejut juga dengan angka ini sebab Upin Ipin memang laku di mana-mana sahaja. Lagu yang penuh catchy berentak dangdut itu telah berjaya menambat hati penonton dari Malaysia dan Indonesia. Pada masa yang sama, lagu tersebut juga trending di TikTok ya! Boleh layan joget Upin Ipin di TikTok selepas ini. Korang boleh search sahaja #GoyangUpinIpin di media sosial termasuk TikTok akan jumpa ramai orang buat video challenge tarian ini.

Tapi dalam keseronokan akan ada yang menimbulkan persoalan serta melahirkan perasaan kurang enak mereka terhadap konsep lagu tersebut yang dikatakan ‘tak masuk’ dengan target audience kartun Upin Ipin sendiri. Maklumlah, Upin Ipin kartun untuk kanak-kanak jadi di situ orang persoalkan kenapa buat lagu joget sedangkan yang akan tengok nanti ialah kanak-kanak, bukannya orang dewasa.

Sumber gambar: Twitter Les’ Copaque

Di ruangan komen posting Twitter akaun Les’ Copaque dipenuhi dengan komen daripada netizen yang mana ada yang suka dan ada juga yang tak suka dengan lagu tersebut. Menurut mereka aksi gelek sangat tidak sesuai dengan kanak-kanak yang menonton, pada masa yang sama rentak lagu tersebut juga ada unsur rentak dari Indonesia. Hmm, nak buat macam mana kalau peminat Upin Ipin lebih ramai di negara seberang berbanding di negara kita sendiri. Kemungkinan apa yang mereka lakukan ini ialah salah satu strategiΒ marketing pihak penerbitan serta pihak produksi bagi mengukuhkan lagi jenama kartun Upin Ipin di negara seberang.

Beberapa netizen tidak bersetuju dengan cara Kak Ros kelihatan bergelek sakan di dalam video tersebut dan itu yang membuatkan mereka merasakan joget dangdut ini tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia namun juga di Indonesia. Mereka juga menganggap Les’ Copaque melebihkan budaya dari negara jiran berbanding budaya Malaysia sendiri. Namun untuk pengetahuan korang, syarikat Les’ Copaque sudah membuat kerjasama dengan sebuah station TV swasta di Indonesia iaitu MNC GRUP yang merupakan Media Group terbesar di Asia Tenggara.

Sebenarnya hebat juga ya mereka berjaya buat kartun menari gelek macam ini. Bukan mudah untuk buat. Tahniah diucapkan kepada team production Les’ Copaque untuk kejayaan mereka ini. Part Kak Ros dengan Cikgu Melati joget janganlah tengok kalau tak mampu nak tahan gelak. Tengok je Upin Ipin dan kawan-kawan bergelek. Comel sangat tau! Harapnya selepas ini akan ada banyak lagi produk Malaysia terkenal di luar negara.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Seniwati Malaysia Yang Pernah Viral Suatu Ketika Dahulu

TrendΒ² Content Yang Tengah Panas Di YouTube