in ,

Makeup Simple Untuk Beginner Under 10 Mins

Whattt?!! Makeup under 10 minutes? Boleh ke nak makeup dalam masa singkat? Macam mana hasil makeup kalau 10 minit je?

via GIPHY

Ya, benaran girls! 10 minit sahaja masa yang diperlukan untuk dapatkan hasil no makeup makeup look. Barang yang korang perlukan pun tak banyak, hanyalah concealer, beauty blender, lipstick, powder, eyebrow pencil, mascara dan juga multi purpose brush.

First step seperti dalam video yang dikongsikan oleh Jia ialah korang just perlu letakkan concealer di area bawah mata, dahi, batang hidung dan sedikit dekat bahagian muka yang lain. Make sure shade concealer lebih gelap sikit berbanding warna kulit ya sebab takut nanti muka jadi kelabu asap! After dah apply concealer, blend guna beauty blender atau apa-apa sponge yang korang biasa gunakan untuk blend dekat muka.

Untuk blusher, korang just guna lipstick saja dan dab dab guna sponge tadi. Jangan guna lipstick matte pula ya sebab nanti ia takkan blend in dekat kulit muka. Pastikan warna sekata dekat dua-dua belah pipi supaya kita tak jadi badut! Blend sikit powder dekat muka supaya tak nampak berminyak dan hasil makeup jadi lebih cantik.

Settle part muka, now beralih pula ke kening! For those yang pandai lukis kening, carry on cara macam biasa korang buat. Tapi untuk geng kening tebal atau tak reti lukis kening, korang just sikat je guna spoolie brush untuk make sure kening korang kemas dan tersusun. Selepas itu terus apply mascara. Terpulang nak kepit guna eyelash curler atau apply terus je, tapi kalau Ainaa lebih suka untuk kepit sikit, after that baru terus apply mascara sebab nanti nampak sikit effect bulu mata panjang dan lebat!

via GIPHY

Now dah siap! Simple je girls. Even under 10 minutes pun korang boleh siapkan look ini. Sangat sesuai pergi lepak dengan family time weekend dekat taman or shopping mall. Tak payah nak siap lama-lama depan cermin. Kita dah memang cantik dah pun!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Terbaik Naikkan Self-Confidence Level Influencer!

Gaya Streetwear Hype, Simple Dan Menarik! Kasut Pun Ada Banyak Jenis Tau!