in ,

Makeup Junkie Kena Buat Rutin Ni!

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Hello #Lunagirls! Sekarang tamai orang suka share tentang double cleansing.. Ummi tertanya juga perlu ke basuh muka sampai dua kali, tak cukup ke sekali? Muka tak kering ke nanti? Hmm.. Takpe #Lunagirls, jangan pening-pening.. Jom LUNARIA kongsikan beberapa info mengenai double cleansing! 

KAEDAH DOUBLE CLEANSING

Sumber Gambar: http://www.womentribe.com

Double cleansing bermula dari Korea sebenarnya! Korean menggunakan dua pencuci muka dengan base yang berbeza tau.. Contohnya mereka akan guna oil based untuk cuci muka kali pertama dan pencuci kedua pula guna based air atau losyen! Ala! Macam korang guna makeup remover dan lepas tu baru cleanser.. itulah cara double cleansing! 

CLEANSER BERMINYAK

via GIPHY

Don’t worry girls muka korang takkan berminyak tau! Sebab minyak yang digunakan kebiasaanya dari sumber mineral atau pun tumbuhan.. Cleanser berminyak ni bagus untuk menghilangkan kotoran makeup! Sebab tulah ia sangat sesuai untuk jadi base pertama untuk cuci muka!

LANGKAH-LANGKAH

Sumber Gambar: https://lawaweh.com

Ha! Tapi sebelum nak buat double cleansing #Lunagirls kena ikut langkah yang betul! Selepas menggunakan cleanser yang pertama korang perlu cuci dan lap muka dengan tuala kering dulu.. Lepas dah kering, baru boleh apply cleanser favorite korang yang kedua tau! Jangan lepas guna cleanser satu terus kedua tanpa keringkan dulu.. Tak menjadi nanti!

PATUT KE DOUBLE CLEANSING?

via GIPHY

Patut! Untuk #Lunagirls yang suka pakai makeup, cleanser minyak tu sangat membantu untuk tanggalkan segala make up korang! Lepas tu barulah boleh cuci dengan pencuci biasa okay.. Kalau make up tak dibersihkan terlebih dahulu, kulit korang akan start meradang! Haa lepas tu ramai ‘kawan-kawan’ singgah dekat muka kita!

Tak salah tau untuk cuba #Lunagirls.. lagi-lagi pada korang yang mempunyai kulit berminyak, selalu pakai make up atau sunscreen. Bagi yang kulit normal tak payah kot, takut kulit korang jadi kering pula! Apa yang penting, kita kena cuba baru lah tahu okay ke tak dengan kulit kita! hihi!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

LunaSquad: Apa kaitan exam dengan keputihan?!

Hadiah Apa Nak Bagi BFF Ni.. Bunga? Kek? Kucing?