in ,

Makanan Yang Sesuai Semasa Puasa Ganti Di Sekolah

Sumber gambar: farabegum.blogspot.com

Hari itu, kami baru sahaja kongsi dengan korang tentang puasa ganti. Jadi, kali ini untuk korang yang nak ganti puasa tapi takut kelaparan waktu berada di sekolah. Korang boleh cuba bersahur dengan makanan ini. Mungkin apa yang kami cadangkan ini adalah makanan yang sesuai untuk korang consume semasa nak puasa ganti di sekolah. 

OATS

via GIPHY

Kalau korang nak tahu oats adalah makanan paling membantu korang untuk tahan lapar lebih lama. Senang sahaja nak sediakan, korang perlu siapkan oats itu semalaman dan letakkan sekali bersama buah-buahan yang korang suka dan nanti semasa sahur, korang makan saja terus.

NASI GORENG

via GIPHY

Selain itu, nasi goreng pun adalah salah satu makanan yang mengenyangkan untuk korang sahur. Korang letak lah bersama lauk padprik ke, daging ke, lebihkan sayuran, mesti korang tidak akan ada masalah untuk berpuasa ganti di siang hari.

NASI TELUR DADAR

via GIPHY

Paling cepat, mudah dan sedap. Nasi putih bersama telur dadar pun adalah antara makanan yang paling sesuai untuk korang bersahur sebab ia bukan sahaja mengenyangkan tetapi ia agak ringan dan tidak terlalu berat sampai korang akan sakit perut.

CHICKEN AND CHEESE SANDWICH

via GIPHY

Penuh protein dan berkhasiat, korang boleh cuba bersahur dengan sandwich ayam keju yang memang senang sahaja nak disediakan tanpa masa yang lama. Untuk pengetahuan korang, makanan yang penuh dengan protein ini memang baik untuk orang yang nak berpuasa sebab ia bukan sahaja mengenyangkan tapi dia beri kita tenaga sepanjang puasa.

AIR SUSU

via GIPHY

Akhir sekali, sebelum korang minum air masak dengan banyak. Korang minum lah susu dahulu sebab macam yang kami cakap tadi segala protein ini memang baik untuk orang yang nak berpuasa. Korang akan rasa kenyang lebih lama dan badan korang tidak akan cepat lemau.

Lepas ini boleh lah korang ganti puasa slowly. Pastikan korang tak buat aktiviti yang berat sangat sebab sekarang cuaca tak menentu, jadi korang jangan paksa sangat okay! Dan lepas ini jangan lambatkan puasa ganti tau! Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cuba Cara Ini Untuk Elak Baju Cepat Kedut

Kanak-Kanak Kerdil Mangsa Buli Didakwa Penipu?