in ,

Makanan Yang Boleh Tingkatkan Imunisasi Badan

Sumber gambar: independent.co.uk

Setiap orang mesti ada makanan favorite yang tersendiri. Ada yang kaki makan pedas, tak ada rasa pedas langsung tak nak makan. Tapi ada certain pula yang makan dalam kuantiti yang sikit je sebab katanya cepat kenyang.

Semua itu terpulang pada individu sendiri, asalkan kita tetap makan makanan yang sihat dan tak makan terlampau banyak junk food. Disebabkan sekarang ini tengah musim Covid-19, ramai orang sekarang tengah cari alternatif untuk makan makanan yang lebih sihat supaya badan jadi lebih kuat untuk melawan sebarang virus yang datang. Bila sistem imunisasi kita tinggi, kebarangkalian untuk dapat sakit seperti demam, selsema dan batuk agak rendah. Di bawah LUNARIA ada senaraikan beberapa makanan yang boleh meningkatkan imunisasi diri daripada diserang virus.

BAYAM

Image result for spinach
Sumber gambar: Food.ndtv

Ya, sayur ialah makanan yang paling sihat sekali. Kita sendiri disarankan untuk makan banyak sayur-sayuran berwarna hijau. Sayur bayam sangat bagus untuk meningkatkan lagi sistem imunisasi diri kita sebab ia kaya dengan antioksidan, vitamin C, vitamin E, beta carotene dan juga flavonoids. Bolehlah minta mak korang masakkan sayur bayam masak lemak then makan dengan nasi putih, campur kicap sikit, Fuhh! Baru sedap kalau nak makan sayur bayam.

HALIA

Image result for ginger
Sumber gambar: Womenhealthmag

Selain berupaya untuk kurangkan angin dalam badan, halia juga mampu untuk mengurangkan rasa nak muntah, kulit kemerah-merahan disebabkan keradangan, sakit tekak dan sebagainya. Disebabkan itulah halia merupakan ubat yang terbaik untuk kurangkan penyakit ringan yang kita hadapi. At the same time, ia juga merupakan sumber alam semula jadi yang mampu memanaskan badan serta bagus untuk kesihatan. Kalau korang rasa nak demam, cepat-cepat minum teh halia. Dengan syarat jangan letakkan gula dalam air, baru dapat rasa kepekatan halia.

BUAH-BUAHAN SITRUS

via GIPHY

Buah-buahan sitrus merupakan buah-buahan yang mempunyai asid seperti lemon, limau kasturi, oren dan juga buah limau. Buah-buahan sitrus ini dapat meningkatkan penghasilan sel darah putih dan juga mampu untuk membekalkan vitamin C dalam badan bagi melawan penyakit dan virus. Korang suka makan buah oren tak? Sambil layan movie bolehlah potong buah oren sikit then buat air lemon. Fuhh, best betul kalau dapat minum, hehe!

YOGURT

Image result for yogurt
Sumber gambar: Medicalnewstoday

Ingatkan yogurt bagus untuk kulit muka je, tapi rupanya mampu untuk meningkatkan sistem imunisasi disebabkan kandungan bakteria kultur hidup yang terdapat di dalam yogurt itu sendiri. Bukan itu saja, ia juga kaya dengan vitamin D serta berfungsi untuk meningkatkan benteng pelindung diri dari apa-apa serangan penyakit dan virus dari dalam.

SEAFOOD SHELLFISH

Image result for shellfish
Sumber gambar: Mussel-in

Shellfish ialah makanan laut yang mempunyai cengkerang antaranya ialah ketam, kerang, udang karang dan kupang. Makanan ini juga merupakan menu terbaik untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan kita. Tapi jangan sampai makan terlampau banyak. Ada certain orang mempunyai allergic terhadap makanan laut. Takut juga kalau sebenarnya korang allergic dengan makanan laut dan kalau ia terjadi, korang tak perlu makan shellfish. Cari makanan lain okay.

Pokok pangkalnya kita memang kena makan makanan berkhasiat tidak kira untuk tingkatkan sistem imunisasi atau sebagai makanan harian. Jaga diri okay korang. Jangan lepas habis tempoh kawalan pergerakan, naik berat badan pula ya.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments