in ,

Makanan Yang Boleh Buatkan Mood Sentiasa Ceria

Sumber gambar: weheartit.com/hallowss

Kalau boleh setiap hari semua orang mesti nak hidup mereka ceria, tiada masalah dan semua berjalan lancar, setuju tak? Sebenarnya, di sebalik semua ini ada caranya tersendiri untuk tingkatkan mood korang supaya jadi lebih baik dan salah satu caranya adalah makan. Senang saja kan? Korang hanya perlu makan sahaja tetapi makan pun jangan sembarangan makan sebab ada beberapa makanan tertentu yang boleh buat kan mood kita sentiasa ceria. Jom tengok makanan apa sahaja yang boleh ceriakan mood korang kalau tengah down.

AIS KRIM

Sumber gambar: pinterest

Cair-cair, keras… memang sedap nak gigit aiskrim! Lebih lagi kalau perisa aiskrim itu adalah perasa favorite kita. Aiskrim dikenali sebagai makanan yang paling selalu buatkan mood kita semakin bersemangat. Ini mungkin disebabkan kemanisan dalam aiskrim itu yang buatkan kita rasa lebih ceria. Jadi, korang makanlah aiskrim banyak-banyak okay, kalau nak lebih ceria.

COKLAT

Sumber gambar: pinterest

Selain aiskrim, coklat juga adalah salah satu makanan yang sentiasa membantu kita untuk jadi lebih ada tenaga dan positif. Coklat juga ada pelbagai jenis, dan untuk korang yang takut berat badan naik itu, korang makan saja dark chocolate okay! Tak ada masalah untuk makan coklat apa sahaja, asalkan bahagia.

AYAM GORENG

Sumber gambar: yahoo

Yang satu ini memang kegemaran ramai orang termasuk Zoe! Ayam sekarang ini pun memang dah banyak jenis, yang masak ala korea pun ada dan memang mudah untuk disediakan sendiri tanpa perlu beli di luar maha-mahal. Ingat satu sahaja, tips untuk makan tanpa bertambah berat badan adalah makan dengan gembira okay! 

JUS BUAH

Sumber gambar: pinterest

Malas nak makan buah-buahan tapi korang nak sesuatu yang manis dan berkhasiat? Korang buat sahaja jus buah-buahan. Nak blend jadi air buah boleh, nak jadikan smoothies pun boleh. Memang layan sangat kalau korang siap taburkan hirisan buah bersama jus buah. Minum waktu panas-panas pun memang wow! 

Jadi, selepas ini korang cubalah makan makanan ini kalau nak ceriakan mood korang. Tak ada masalah pun kalau korang nak makan apa pun. Asalkan korang makan dengan rasa happy dan nanti secara automatik mood korang pun akan semakin baik. Kalau risau tentang berat badan, tak apa! Sebab korang boleh exercise semula! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

List Event Ditangguh Akibat Covid 19

Kisah Viral Result SPM 2019