in ,

Makanan Wajib Ada Raya Pertama Tahun Ini!

Sumber gambar: www.projektravel.com

Boleh kira guna jari sahaja lagi hari sebelum Syawal menjelang tiba. Woah! Mesti ramai yang excited dan nak tahu bagaimana suasana raya yang pertama kali kit semu kena kuarantin dan PKPB ini kan? Mesti akan banyak yang sama, cuma ada beberapa sahaja lah yang akan lain sebab dah tak boleh open house buat masa ini tapi tak apa sebab ini semua demi kebaikan kita semua, betul tak? Selain nak bermaafan dan ziarah sanak saudara, hari raya memang tak lengkap tanpa makanan istimewa. Jadi, jom kita tengok makanan wajib apa yang perlu ada masa ray pertama korang nanti!

RENDANG

Sumber gambar: voiz

Korang boleh pilih, sama ada nak makan guna nasi ke, ketupat atau lemang. Rendang ini kalau tak ada masa hari raya memang tak sah tau! Macam Zoe secara personal, apa yang paling on kalau kita makan dengan lemang periuk kera sebab gabungan pedas rendang dan kemanisan lemang periuk kera itu memang tak dapat digambarkan bestnya perasaan nikmat raya.

KETUPATΒ 

Sumber gambar: carousell

Raya korang memang tak akan bermakna kalau tiada ketupat. Hidangan ketupat ini memang dah jadi satu makanan wajib dan jika korang tengok, sarung ketupat yang kosong itu pun orang mesti akan jadikan hiasan. Ketupat ini dia ada banyak jenis tau kalau korang nak tahu! Ada ketupat nasi yang bentuknya 4 segi, ketupt palas yang bentuk triangle dan ketupat dakap yang guna daun pisang itu. Memang sedap sangat kalau makan bersama serunding, kuah kacang, sambal tumis dan lodeh.

LEMANG

Sumber gambar: tv smith

Lebih baik korang siap-siap beratur atau pre-order dahulu berapa banyak lemang yang korang nak beli nanti. Iya lah, nak masak itu boleh saja tapi kalau beli kan lebih laju? Hehe. Lemang memang paling best kalau korang nak makan dengan sambal tumis, atau durian pada waktu raya. Kalau nak lagi best, korang boleh letakkan buah mangga dan susu cair sekali sebagai dessert untuk para tetamu makan nanti.

MASAK LODEH

Sumber gambar: akoh 63

Kuah masak lodeh ini memang berlemak rasanya sebab kita akan masak guna santan dan terasa seperti gulai. Apa yang best tentang kuah masak lodeh ini adalah sebab isinya memang meriah. Adakacang panjang, lobak merah, kobis, suhun, tempe dan tauhu. Kuah ini lodeh berwarna kekuningan ini memang lagi menyengat kalau dimakan dengan sambal atau kuah kacang.

SATAY

Sumber gambar: mini kitchen lab

Disebabkan sudah tidak boleh ada open house buat masa sekarang. Apa kata, kalau korang buat sendiri dan bakar sate di rumah sebagai juadah hari raya korang. Memang seronok lah budak-budak di rumah korang nanti sebab dapat makan sate. Dapat pula kalau sate itu lengkap dengan segala jenis sate seperti ayam, daging, kambing dan ikan. Yummy!

Kesemua juadah hari raya ini memang menyelerakan selepas sebulan kita berpuasa. Walau bagaimanapun, korang semua perlu ingat yang kesedehanaan itu juga penting untuk keseimbangan diri kita juga. Nanti bila korang dah puas jamah semua hidangan hari raya ini, jangan lupa untuk minum air yang banyak sebab takut hidrasi. Selain itu, korang makan lah juga buah-buahan dan sayur-sayuran untuk penghadaman perut korang dan ingat juga untuk hanya makan setakat mana perut korang mampu sahaja dan jangan berlebihan, risau nanti sakit perut dan muntah pula sebab sumbat banyak sangat dalam mulut. Haha!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments