in ,

Makanan Sihat Pun Buat Berat Badan Naik Juga 😳

Sumber gambar: https://www.fluentin3months.com/what-is-mukbang/

Ingatkan makan makanan sihat boleh turun berat badan, rupanya lagi naik berat?! Urghhh macam mana nak maintain kurus?

Tenang girls, memanglah berat badan korang akan tetap naik even makan makanan sihat dalam kuantiti yang sikit pun. Just imagine, korang jadikan makanan sihat itu sebagai kudap-kudap setiap hari. So untuk elakkan berat badan korang naik balik lepas diet, jom tengok makanan sihat apa yang perlu korang elakkan makan terlalu banyak…

SMOOTHIES

Image result for smoothie
Sumber gambar

Dapat minum smoothies waktu petang memang sedap. Tapi kalau selalu sangat amalkan, berat pun makin naik bukannya makin turun. Kenapa? Kandungan coklat, peanut butter, yogurt dan bahan tambahan yang lain tu mengandungi kalori yang tinggi tau. Tapi itu kalau korang jenis suka minum smoothie yang tinggi kalori. Melainkan smoothie korang ada buah-buahan segar, yogurt atau susu kurang manis, ia tak buatkan berat badan naik. Cuma jangan amalkan secara kerap saja.

SUSHI

via GIPHY

Ada orang diet makanan berat tapi decide untuk makan sushi sebab cepat kenyang. Sebalik hidangan sushi yang simpleΒ itu, ada kalori yang tersembunyi tau. Kalau setakat sashimi, isi ketam atau sayur okay lagi. Tapi kalau dah termasuk sekali dengan cheese, mayonis, tempura, sotong ehh banyak laglah. Tak ke dah jadi hidangan berat itu nanti? Tapi kalau korang still nak makan sushi waktu diet juga, kenalah makan sashimi dengan nasi tanpa kanji, barulah sihat dan boleh kurus!

AVOKADO

via GIPHY

Pernah dengar kalau nak turunkan berat badan, kena makan buah avocado sebab buah ini mengandungi nutrisi dan antioksidan? Ia betul dan at the same timeΒ ia kaya dengan lemak tepu dan fiber which is goodΒ untuk badan orang yang nak diet. Tapi kita tak bolehlah main makan ikut sedap je sebab kandungan lemak dan kalori pun tinggi juga tau. 1/5 avocado bersamaan dengan 50 kalori dan sebiji buah avocado pula bersamaan dengan 350 kalori which is sama je jumlah dengan sepinggan nasi. Baik makan nasi terus, kenyang juga perut itu, hehe!

KEKACANG

Image result for kekacang
Sumber gambar

Sambil tengok movie dekat rumah, sambil kunyah kekacang adalah satu kenikmatan yang abadi tau. Tapi tahu tak sebenarnya kacang mengandungi omega-3, protein, vitamin E, fiber dan juga kalori! Kalau korang makan setengah cawan kacang, bersamaan dengan 132 jumlah kalori which is sangat tak sesuai untuk orang yang tengah dalam misi turunkan berat badan walaupun kacang termasuk dalam makanan sihat untuk yang tengah dalam misi kurus. Cuma jangan makan berlebihan sangatlah. Nak makan tu boleh, cuma sekatkan sikit pengambilan supaya tak ambil dalam kuantiti terlalu banyak.

Lepas ini jangan pelik pula kenapa korang masih tak dapat berat badan yang diimpikan. Jangan ingat semua makanan sihat itu tak ada ada kalori ya, semua ada tapi dalam kuantiti yang sikit. Tapi kalau dah makan banyak sangat, sama je dengan makan makanan tak sihat? Good luck pada sesiapa yang tengah dalam misi turunkan berat badan!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Wajib Bersihkan Bahagian Ini Waktu Mandi

Becky G Dan J-hope BTS Bergabung Meletup!