in ,

Makanan Sahur Yang Bakal Kurangkan Rasa Lapar

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Sahur nanti nak makan apa eh? Boleh tahan ke makan roti je?

Ada setengah orang suka makan makanan berat ketika sahur, ada pula yang minum air masak segelas pun dah cukup untuk tahan seharian sehingga berbuka. Di bulan Ramadan, kita perlu menahan diri daripada lapar dan dahaga. Tapi akan ada ketika nafsu makan muncul membuak-buak sampai bunyi perut.. Aduh! Masa itu akan terbayang macam-macam jenis makanan dan minuman.

Kali ini LUNARIA akan kongsikan beberapa jenis makanan untuk sahur yang akan bantu kita menahan lapar lebih lama khas untuk korang yang senang lapar dan pedih perut.

OAT

via GIPHY

Kalau korang nak tahu, oat sangat digalakkan semasa sahur. Walaupun 100g oat mengandungi 91 kalori sahaja tapi kandungan serat tinggi membantu buat korang rasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama.

BISKUT

Sumber gambar: YouTube GulaSage

Biskut ialah makanan kedua yang boleh tolong kita rasa kenyang semasa puasa. Kandungan tenaga setiap biskut adalah berbeza-beza. Contohnya, setiap 100g biskut mengandungi 458 kalori. Protein, lemak dan karbohidrat yang ada dalam biskut akan buatkan kita rasa lebih kenyang. Korang boleh beli pelbagai jenis biskut untuk jadikan stock makanan sahur okay!

PASTA

via GIPHY

Tak kisah pasta bentuk panjang pendek, kerinting atau empat segi… Asalkan ia pasta! Kalau korang tahu, pasta mempunyai kandungan kalori yang cukup tinggi. Pengambilan 100g pasta kering mengandungi 370 kalori yang lebih rendah daripada biskut dan ia juga mengandungi protein serta lemak. Untuk geng yang tak nak makan nasi, korang boleh pilih pasta untuk bersahur.

NASI

Sumber gambar: Cook’N

Siapa sini kena makan nasi semasa sahur? Kita geng! Kalau tak makan nasi, rasa tak puas nak berpuasa esoknya. Nasi adalah makanan harian utama bagi setiap orang. Tapi sebenarnya ia adalah makanan keempat yang membantu kita kenyang lebih lama walaupun kita makan dalam kuantiti yang banyak semasa sahur. Ini kerana nasi hanya mempunyai kandungan 129 kalori sahaja bagi setiap 100g nasi. Malah, protein dan lemaknya juga sedikit.

MEE

Sumber gambar: Tasty

Mee adalah menu paling senang, cepat dan ringkas disediakan semasa sahur terutamanya pemilihan mee segera. 100g mee mengandungi 340 kalori yang mana ia lebih tinggi daripada nasi. Tapi sebenarnyaΒ mee masih tidak mampu bertahan lama kerana bahan asanya adalah tepung yang juga mempunyai gula sederhana yang sangat mudah dicerna. Jadi ia akan membuatkan kita rasa lebih cepat lapar.

BERAS PERANG

Sumber gambar: Clean & Delicious

Kalau korang pernah simpan cita-cita nak eat clean dan diet, korang mesti tahu kebaikan beras perang! Selain mengurangkan kolestrol, beras perang juga kaya mineral dan magnesium. Bulan puasa ini eloklah kita mengamalkan makan beras perang berbanding beras putih. Jika korang jenis wajib makan nasi ketika sahur, apa kata cuba makan beras perang. Beras perang ialah sumber karbohidrat kompleks yang membekalkan sumber tenaga secara lebih perlahan. Ini boleh membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.

MAKANAN KURANG GARAM

via GIPHY

Yup! Kita perlu kurangkan garam dalam setiap menu sahur. Tak kisah korang sahur mee, ayam masak merah atau pasta, yang penting kurangkan garam! Garam ialah penyerap dan penyimpan air. Jadi ia akan membuatkan kita rasa cepat haus. Makanan lain yang kita perlu elak semasa sahur ialah kicap, biskut masin, masakan berminyak dan lain-lain.

Tips lain untuk kurangkan rasa lapar, korang boleh makan telur goreng atau rebus. Kurangkan minum air manis, lambatkan sahur dan jangan kunyah terlalu cepat sebab tubuh kita akan bekerja lebih keras untuk menyerap nutrisi makanan kalau kita makan terlalu cepat. Akibatnya, proses penyerapan nutrisi kurang sempurna hingga kita rasa cepat penat. Apa pun, yang penting jangan lupa niat puasa okay!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ulang Alik Dapur Sepanjang PKP, Ini Tempat Kotor Di Dapur

Nak Puasa Tapi Period? Ini Cara Untuk Rebut Pahala