in ,

Makanan Raya Cina Yang Mungkin Korang Akan Suka

Sumber gambar: thoughtco.com

Hidup di negara harmoni seperti negara kita ini memang seronok! Sebab kita ada pelbagai bangsa, agama dan kaum yang membolehkan kita semua merasai keunikan dan perbezaan antara satu sama lain. Bila ada kepelbagaian itu mesti kita akan dapat pengalaman untuk menyambut pelbagai perayaan dan meriuhkan lagi suasana perayaan dengan kawan-kawan kita, betul tak? Jadi bersempena sambutan Gong Xi Fa Cai atau Tahun Baru Cina, kali ini LUNARIA nak kongsi dengan korang semua makanan best yang boleh makan sama-sama dengan kawan tak kisahlah semasa datang beraya di rumah kawan yang menyambut Tahun Baru Cina. 

YEE SANG

Sumber gambar: pamper

Pernah dengar tak tentang Yee Sang? Kalau korang nak tahu ia adalah sajian yang terdiri daripada aneka salad dan ikan. Biasanya, hidangan ini dihidangkan menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan masyarakat Cina percaya ikan adalah pembawa tuah dan hidangan ini telah wujud sejak Dinasti Song lagi. Yee Sang diperbuat daripada potongan ikan terutamanya ikan salmon segar, kacang tanah, cili, lobak putih, lobak merah, halia, daun limau purut, daun parsli cina, biji bijan bakar dan udang kering goreng. Kuahnya atau penambah rasanya pula diperbuat daripada sos plum.

LAO SHA BAO

Sumber gambar: unileverfoodsolutions

Bagi korang yang suka makanan dengan inti salted egg atau telur masin, cubalah Lao Sha Bao, roti atau pau yang ada telur masin di dalamnya. Selain daripada telur masin, ia juga boleh didapati dengan inti yang berbeza seperti kacang merah, daging dan sebagainya. Ala-ala pau kita jumpa di hentian rehat RNR dalam perjalanan balik kampung..

DUMPLING (LADU)

Sumber gambar: culinary

Kulitnya diperbuat daripada tepung gandum dan berintikan isi yang pelbagai seperti udang, daging, cili, halia, cendawan serta herba. Ia juga hidangan yang berkhasiat kerana dimasak secara rebus perlahan. Selain direbus, ia juga dimasak dengan cara lain seperti digoreng dan dikukus. Itulah namanya ladu atau dikenali sebagai Jiaozi. 

TANG YUAN

Sumber gambar: huangkitchen

Diperbuat daripada tepung beras, juga sering dihidangkan sewaktu majlis perkahwinan. Kelihatan seperti kuih puteri mandi namun tetapi berbeza sedikit. Tang yuan ini berbentuk seperti bola kecil yang dihidangkan dalam mangkuk dan dimakan bersama sirap manis.

DIM SUM

Sumber gambar: dimsumcentral

Diperbuat daripada tepung gandum, tepung jagung yang dicampurkan bersama isi udang, daging, ayam serta sayuran. Ia juga enak dimakan bersama secawan teh panas lepas korang dah melantak dengan kawan-kawan beraya di rumah mereka. Ada yang goreng dan juga di kukus. Dim sum ini memang sedap dan best!

Untuk korang yang tak pernah cuba makan makanan orang Cina, korang bolehlah cuba lepas ini. Semua ini jangan risau okay, ada sahaja yang halal untuk kita yang Muslim. Bila lagi nak cuba kalau tak sekarang. Happy Gong Xi Fa Cai!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

List K-Pop Idol Bakal Buat Fans Patah Hati Kalau Mereka Kahwin

Jom Jalan-Jalan Tempat Best Di Ipoh!