in ,

Makanan Paling Sesuai Waktu Exam!

Sumber gambar: https://www.wilayahku.com.my/pelajar-nikmati-juadah-berkhasiat/

Bila nak exam, bukan kesihatan mental sahaja yang perlu dijaga ya kawan-kawan.. Kesihatan fizikal juga korang perlu jaga! Kalau fizikal tak bersemangat, ia akan beri kesan kepada mental kita. Fokus dan mood nak jawab soalan peperiksaan pun boleh hilang. Jadi kalau nak jaga kesihatan, kita mestilah makan makanan yang sihat dan tidur secukupnya. Kali ini Zoe akan kongsi dengan #Lunagirls makanan apa yang boleh jaga kesihatan dan kekalkan tenaga sewaktu musim peperiksaan.

COKLAT

via GIPHY

Untuk pengetahuan #Lunagirls, coklat adalah salah satu sumber makanan yang mampu meningkatkan daya ingatan kita. Jadi, ia adalah satu makanan yang terbaik untuk korang makan waktu exam. Untuk kawan-kawan yang muslim, sambil makan coklat itu, korang boleh berselawat sekali sebab berselawat pun mampu buat ingatan kita lebih baik.

OATMEAL

via GIPHY

Oat bukan setakat untuk orang yang nak diet je.. Kita yang nak exam pun sangat sesuai untuk makan! Oat mampu beri tenaga kepada awak yang dah penat study untuk peperiksaan. Selain itu, makan oat juga lebih cepat kenyang dan kurang risiko untuk sakit perut masa nak jawab exam nanti. Jangan risau, korang boleh je campur oat dengan madu atau bahan asli lain untuk rasa yang lebih sedap!

BUAH-BUAHAN

via GIPHY

Kurangkan makanan berminyak dan berlemak, lebihkan makan buah-buahan waktu peperiksaan okay! Buah mempunyai banyak zat besi yang mampu beri kita tenaga dan ia sangat baik untuk perut. Bagi yang selalu sakit perut waktu exam, korang boleh cuba makan buah tapi perlu ingat jangan makan berlebihan sangat sebab buah-buahan pun boleh membuatkan perut korang cepat digest, nanti meragam pula perut. Dan jangan lupa makan buah dulu sebelum makan makanan lain okay!

SANDWICH SAYUR

via GIPHY

Sandwich sayur adalah makanan terbaik dan korang boleh je letak chicken slice atau beef slice dalam sandwich untuk dapat protein extra!Β IaΒ complete segala nutrisi untuk kita hadapi peperiksaan. Selain itu, lengkapkan diri korang lepas makan sandwich itu dengan minum susu, barulah bersemangat sikit nak melangkah masuk exam hall nanti! Pilihan susu ikut tekak masing-masing.. Susu coklat boleh, susu strawberi boleh, susu kurma pun boleh..Β 

#Lunagirls perlu sentiasa jaga kesihatan bila tiba musim peperiksaan sebab nanti kalau kurang sihat, fokus untuk jawab peperiksaan jadi tak best. Selain itu, makanlah makanan yang baik untuk perut.. kita elakkan untukΒ asyik nak ke tandas nanti dah rugi masa! Jadi, jangan lupa jaga diri ya #Lunagirls!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perangai Pelik Girls Bila Datang Bulan

Kpop Ini Bukan Ada BTS dan Blackpink Je