in ,

Makanan Paling Sesuai Untuk Tonton ‘Wayang’ Marathon Di Rumah

Sumber gambar: youtube.com/LynCHICAGOUSA

Bila tengah bosan tak buat apa-apa, mesti ada di antara korang yang suka sangat tengok movie betul tak? Sehingga ada yang buat movie atau drama marathon dari pagi sampai ke malam dan ada yang gigih tidur lambat untuk habiskan drama bersiri.. Hehe! Tak apalah kalau itu dah memang hobi! Jadi, bila nak tonton movie mesti mulut ini pun macam suka sangat mengunyah gais? Jadi, untuk korang yang kuat tonton movie atau drama marathon, ini adalah makanan paling onz untuk korang kunyah!

POPCORN

Sumber gambar: pinterest

Tak ada popcorn memang tak best. Untuk pengetahuan korang, popcorn ini pun dikira salah satu makanan yang sihat sebagai snek tau. Jadi korang bolehlah makan popcorn sambil tonton ‘wayang’ di rumah nanti. Tak dapat tengok wayang di pawagam, kita acah-acah tengok wayang di rumah sahaja pun okay.

KUACI

Sumber gambar: pinterest

Kuaci pun adalah antara salah satu makanan paling seronok untuk dikunyah semasa tonton wayang. Walaupun kecil, tapi proses nak buka dan kunyah kuaci yang makan masa itu mampu untuk dihabiskan dalam satu filem! Makan kuaci boleh leka kalau cerita yang korang tengok itu mendebarkan atau banyak aksi!

CHIPS

Sumber gambar: pinterest

Selain itu, keropok jajan atau kerepek pun antara makanan yang best dan mudah untuk kita yang suka menonton wayang secara marathon. Murah pun murah.. Kalau ada air soda kat sebelah chips pun lagi onz habis! Lepas dah habis layan cerita itu korang jangan lupa minum air masak banyak-banyak sebab chips tinggi kandungan garam!

NUGGET AYAM

Sumber gambar: buzzfeed

Last but not least, nugget ayam! Sebelum movie nak start itu, korang gorenglah nugget ayam siap-siap. Lepas itu, letak dalam tupperware sekali dengan sos cili dan mayonnaise. Memang seronok sangat, tonton movie marathon sambil baring makan nugget! Fuh, kombinasi yang menarik!

Ha! Dah ready ke korang nak movie marathon di rumah dengan abang, kakak dan parents? Memang rugi tau kalau korang tengah tonton movie tapi tak ada makanan sebab mulut itu macam terlalu free dan tak ada kerja. Jadi kita bagilah dia bekerja sikit dengan mengunyah. Have fun okay menonton! Hati-hati untuk yang tengah diet.. Jangan terlebih makan ya! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Terbaik Kurangkan Rasa Senggugut Teruk

Senarai Boys Baru Nak Up Korang Boleh Usha