in ,

Makanan Mesti Elak Untuk Bersahur!

Sumber Gambar: http://www.pojiegraphy.com

“Sahur… sahur”.

Bila bulan puasa ini sahur lah waktu paling susah nak bangkit, kadang sampai terjerit-jerit mak kita itu. Yelah! Nanti bila tak makan lapar pula tengahari. Tapi bila makan pun lapar, kenapa? Sebab korang kena elakkan beberapa makanan ini ketika sahur untuk terus bertenaga.

NASI

Sumber Gambar: https://sajiansedap.grid.id

Dah nama Melayu mana boleh lari dari nasi kan? Nasi juga pilihan utama. Tapi kalau boleh girls, elakkan makan nasi pada waktu sahur. Kenapa? Kerana nasi ini senang di hadam, sekejap je ia akan hilang dalam perut korang. Itu yang lapar belum sampai ke buka puasa.

ROTI

via GIPHY

Katanya nak diet, jadi makan roti je. Hm! Tak kemana diet di bulan puasa korang, kalau menyiksa diri. Kalau nak juga makan roti, makan wholegrain bukan roti jagung ke, coklat tau. Korang buatlah jadi sandwish bukan setakat kenyang tapi juga dapat khasiat dengan sayuran yang ada. Apa makna sandwish tanpa sayur? Jadi letaklah sayur.

MINUMAN MANIS

Sumber Gambar: https://airbalang.com

Minuman manis ini mempunyai kalori yang tinggi tau girls! Jadi ia akan membuatkan kita mudah haus dan terasa kering. Jadi masa sahur tu bantailah minum air putih secukupnya, agar badan kita tetap hidrat dengan cuaca yang panas sekarang ini.

Banyak pantang larang kan bulan puasa ini? Tapi ini semua demi kehidupan korang untuk survive sehari berpuasa. Bukan sehari je, 30 hari tau. Jadi nak tak nak, kena ikutlah tips Ummi ini.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Timing Terbaik Untuk Berdoa Bulan Ramadan!

Eeeii, Muka Je Cantik Tapi Tudung Bau Kepam!