in ,

Makanan Malaysia Yang Artis Kpop Suka

Sumber gambar: travel.tribunnews.com

Makan makanan best dan kena pula yang kegemaran kita adalah saat paling indah untuk semua orang, betul tak? Lebih lagi di negara kita ini memang banyak sangat makanan yang sedap sampai mampu menceriakan hari semua orang sebab manis-manis pedasnya. Memberi orang luar yang bukan dari kalangan masyarakat kita untuk mencuba makanan best di negara kita pun satu benda yang menyeronokkan sebab orang Malaysia kan memang suka memberi. Tapi sekarang ini, kami nak tanya sikit… korang pernah tengok tak artis K-Pop cuba makan makanan Malaysia dan makanan itu ada favourite mereka? Kalau yang memang minat K-Pop korang mesti tahu idola korang suka makan apa sahaja kan? Dan kami akan kongsi dengan korang makanan apakah yang K-Idol suka…

SUPER RING

Sumber gambar: JennieManobann

Ini semua disebabkan “Blackpink in your area ahh!”, keropok “super ring lazat, super ring riang, super ring super, jom bergembira!”. Ya, sebab Jisoo dan Jennie suka keropok super ring. Ya, kita orang Malaysia pun suka super ring sebab rasa dia yang cheezy dan manis itu, siapa saja yang nak tolak, betul tak? Lepas ini habislah semua stock super ring sebab Blink beli borong, hehe

SATAY

Sumber gambar: mothership

Ya, kalau korang tengok baru-baru ini dalam Bon Voyage BTS yang mereka pergi New Zealand itu. Makanan yang dihidangkan kepada BTS pun salah satunya adalah satay. J-Hope dan Suga memang suka sangat bila mereka dihidangkan satay sebab iyalah, dah berjalan jauh mesti penat dan lapar bukan? Bila dihidangkan satay, mesti seronokkan? Sama jugalah macam kita semua! Satay memang favourite semua orang, betul tak? 

NASI GORENG

Sumber gambar: bangtanbombdotcom

Nasi goreng memang makanan yang paling biasa di benua Asia tapi cara masak dan hidangan saja yang berbeza dan ada keistimewaan masing-masing. Nasi goreng biasa pun adalah salah satu makanan yang ramai artis K-Pop suka sebab satu mereka memang suka makan nasi dan nasi goreng kita rasa pedas, masin yang sedap itu lebih menambahkan selera untuk mereka.

DURIAN

Sumber gambar: onehallyu

Ada yang boleh makan durian dan ada yang memang loya terus nampak durian. Tapi terima kasih untuk para idola K-Pop yang berasal dari Malaysia, Thailand dan China kerana disebabkan oleh mereka ada beberapa idola K-Pop yang lainnya pun boleh suka makan durian tau! Rasanya tanpa idola K-Pop yang berasal luar dari Korea Selatan ini, mesti ramai yang tak suka makan durian betul tak? Iyalah, pengaruh kawan-kawan ini kan lebih kuat. Haha

MAGGI

Sumber gambar: 88razzi

Di korea, mereka ada samyang tetapi di negara kita, maggi sentiasa menjadi pilihan. Kalau korang nak tahu, maggi kita dikatakan lebih sedap sebab ada beberapa rempah yang menaikkan lagi bau yang lebih menyelerakan. Oleh sebab itu, ada juga idola K-Pop yang suka makan maggi kita sebab maggi kita lebih sedap dengan rempah kalau nak dibanding dengan maggi lain. 

Semua makanan ini biasa saja kan bagi kita orang Malaysia tapi memang mereka yang artis K-pop ini suka dan mungkin ini disebabkan orang yang hidangkan makanan itu sahaja pada mereka. Selain dari itu, makanan kita ini pun ada sahaja yang kita kongsi resepi bersama dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei, jadi tak perlulah nak claim ini siapa punya, betul tak? Lain negara lain cara masaknya walaupun nama sama. Hmm selepas ini, apa kata lain kali bila ada artis K-Pop datang korang cubalah beri makanan yang best sedikit seperti murtabak ke, karipap dan kuih-muih yang dijual waktu petang itu ke, roti canai, roti john, nasi dagang, nasi kerabu ke sebab barulah rare, betul tak? Hehe! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Punca Utama Period Tidak Teratur

Baru Berusia 12 Tahun Sudah Jadi Saintis