in ,

Makanan Legend Dekat Sekolah Zaman Dulu

Sumber gambar: http://redalertpolitics.com/2017/03/08/day-without-woman-day-without-food-many-impoverished-children/

Zaman sekarang makanan dekat kantin sekolah semua sedap-sedap. Tah tah ada kantin sekolah yang sediakan makanan macam chicken chop atau pasta?

Hehe! Kalau zaman parents atau abang dan kakak kita dekat sekolah, diorang ada makanan legend tersendiri yang mungkin dah tak dijual atai jarang dijumpai dekat kantin sekolah zaman sekarang. Nak tahu apa dia? Tengok dekat bawah ni…

MEE PLASTIK

Ex Student SKMJ 发布于 2018年7月30日周一

Waktu Ainaa sekolah dulu, sempat la juga merasa mee atau nasi lemak dekat dalam plastik. Lagi syok bila tak perlukan sudu atau garfu untuk makan. Just gigit hujung plastik tu je untuk dapatkan makanan tu. Ya, gigit sis! Tak payah susah-susah nak cari sudu garfu, boleh selamatkan penyu!

GULA-GULA BENDERA

Sumber gambar: https://www.twgram.me/tag/jajanborongenterprise/

Bila sampai je bulan Ogos, confirm gula-gula ni dah start dijual dekat koperasi sekolah or even kantin sekolah pun ada juga. Kira 2in1 la, beli bendera tapi dapat free gula-gula. Tak ke cool macam tu? Tapi sayang, sekarang ni dah susah nak jumpa bendera plastik dan gula-gula ni, even bendera biasa pun jarang sebab kita semua macam kekurangan semangat patriotism!

MAKANAN RMT

Sumber gambar: http://hemsementa.blogspot.com/2014/02/program-rancangan-makanan-tambahan-rmt.html

RMT ( Rancangan Makanan Tambahan)  ialah makanan yang disediakan untuk pelajar yang keluarganya kurang berkemampuan. Sekarang pun RMT still ada lagi dekat kantin sekolah. Tapi jenis makanan yang disediakan tak sama macam dulu. Kalau dulu RMT disediakan dalam satu tupperware dan dekat dalamnya ada nasi ayam, nasi berlauk dan macam-macam lagi. Cuma sekarang, pilihan makanan dah upgrade dan lebih sedap berbanding dulu.

PROGRAM SUSU

Siapa sempat merasa program susu dekat sekolah ni? For those yang pernah lalui zaman tu, mesti korang paling suka bila stock susu dah sampai dekat sekolah kan. Seingat Ainaa, perisa yang ada ialah coklat, asli dan strawberry. Kalau ada yang dapat perisa susu yang dia tak suka, mesti nak tukar dengan kawan-kawan yang lain. Hmm, sekarang still ada lagi tak program susu tu? Rindu la!

Ada ke #Lunagirls yang dapat merasai pengalaman makanan legend ni? Kalau ada, share la sikit dengan Ainaa makanan apa yang paling korang suka tu.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nipple Gatal Sampai Jadi Kering, Kenapa Ni?!😰

#YesNoMaybe : Try #GhostPepperChallenge Sampai Meleleh!