in ,

Makanan Korea Yang Harus Korang Cuba!

Sumber gambar: www.koreaboo.com

Sekarang, memang ramai sangat netizen yang suka mencuba pelbagai makanan, tidak kisah sama ada makanan tempatan mahu pun makanan antarabangsa. Selain makanan Jepun, Indonesia, Thailand, Vietnam dan lain-lain. Ramai sangat yang suka dengan makanan yang berasal dari negara Korea Selatan. Ini juga antara salah satu dari pengaruh dari K-Drama, K-Movie dan juga K-Pop yang selalu tunjukkan betapa menyelerakan betul makanan Korea sampai semua craving nak makan makanan Korea. Jadi jom kita tengok makanan Korea apa yang wajib korang cuba selain dari Kimchi, Corn Dog, Ramen, Jajangmyeon dan lain-lain.

JAPCHAE

Sumber gambar: omnivores cook book

Ada tak di antara korang yang tengah baca ini dah pernah cuba makan Japchae? Japchae ini antara makanan yang popular sangat di Korea. Ia ada suhun, pelbagai sayuran dan juga daging lembu dan kalau korang rasa Japchae ini, rasanya memang sangat manis. Mesti kalau nampak banyak sayur, ramai yang tak suka kan? Akan tetapi, rasa Japchae yang telah dimasak sebati bersama daging lembu memang sedap sangat. Memang nampak macam suhun goreng sahaja tetapi kalau korang cuba rasa sedap sangat!Β Β 

SOONDUBU JJIGAE

Sumber gambar: couples eats food

Sup memang adalah makanan kegemaran orang Korea. Jadi, korang patut cuba makan Soondubu Jjigae iaitu sup tauhu yang ada banyak sangat bahan lain yang memang sedap seperti tiram, udang, remis, dan lain-lain. Tekstur Soondubu Jjigae ini pun lebih pekat daripada sup yang lain. Paling syok kalau dihidangkan dalam bekas tembikar dan dimakan bersama nasi waktu tengah hujan!

TTEOKBOKKI

Sumber gambar: pinterest

Untuk pengetahuan korang, Tteokbokki ini adalah antara hidangan santapan diraja Korea ketika zaman Dinasti Joseon. Akan tetapi, sekarang ia merupakan salah satu street food yang korang boleh dapatkan dimana sahaja. Ia adalah kek beras yang sangat lembut yang dihidang bersama telur, daging, fish cake dan sos cili yang manis. Sekarang ini, sudah ada banyak jenis sos Tteokbokki yang korang boleh cuba.

NAENGMYEON

Sumber gambar: living nomads

Korang pernah dengar tentang cold noodle yang sentiasa menjadi pilihan orang Korea ketika musim panas? Untuk pengetahuan korang, Naengmyeon ini ada dua jenis cara hidangan, satu yang memang ada sup dipanggil Mul Naengmyeon, satu lagi yang pedas dipanggil Bibim Naengmyeon. Korang boleh lah cuba makan Naengmyeon ini selepas ini sebab ia adalah makanan kegemaran ramai artis K-Pop tau! Hehe!Β 

KIMCHI BOKKEUMBAP

Sumber gambar: pinch of yum

Antara makanan paling wajib korang makan dan cuba, sebab rasanya semua orang boleh makan Kimchi Bokkeumbap ini. Rasanya sama macam nasi goreng pedas yang lain juga, nasi goreng kimchi ini memang antara menu yang paling mudah dan sangat mengenyangkan kalau korang makan waktu tengah lapar.

Jadi, ini antara makanan Korea yang wajib korang cuba. Mula-mula, korang cuba lah makan di Malaysia dulu. Nanti bila satu hari korang dah sampai Korea Selatan itu, boleh lah korang rasa sendiri rasa original makanan Korea. Memang lebih sedap tau! Hehe!Β 

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Sebenarnya Maksud Disebalik #VogueChallenge

Lagu K-Pop Yang Sebenarnya Ditulis Oleh Selebriti Barat