in ,

Peminat K-Pop? Kena Cuba Makan Ni!

Sumber Gambar: https://la.eater.com

Shout out to K-Pop lover! Petang ni LUNARIA excited nak share tentang makanan Korea! Dekat Malaysia sekarang dah ada banyak restaurant Korea.. Sebagai K-Pop lover, korang minat tak makan makanan Korea? Teringin nak try tapi tak tahu nak makan yang mana? Jom LUNARIA senaraikan makanan Korea yang korang boleh cuba!

KIMCHI

via GIPHY

Kimchi merupakan sayuran yang di perap dengan sejenis sos cili pes sehingga ia menghasilkan rasa yang pedas dan masam! Ala-ala jeruk sayur tu.. Korang boleh kimchi dengan nasi atau pun makan macam tu terus pun sedap! Kalau dekat Malaysia, kimchi ni dalam kategori sambal belancan la.. haha!

BIBIMBAP

via GIPHY

Bibimbap ni kalau dekat Malaysia orang panggil nasi campur! Cuma bezanya#Lunagirls kena gaulkan keseluruhan bahan yang ada dalam mangkuk itu sampai sabati! Dan untuk setiap satu mangkuk bibimbap.. ada 7 jenis bahan untuk korang gaul tau.. haa banyakkan?

KIMBAP

Sumber Gambar: https://www.cookingchanneltv.com

Kimbap ni lebih kurang macam sushi.. tapi ingredients dia lain sikit! Kalau sushi kita akan makan dengan ikan mentah atau pun sayuran sahaja, tetapi dalam kimbap ada carrot, sayur bayam, timun, telur dan daging yang digulung di dalam nasi dan rumpai laut! Fuhh sedapnya!

GOGIGUI

via GIPHY

Makanan Korea yang paling famous! Gogigui adalah daging yang di panggang dengan cara BBQ! Ala.. senang cerita macam kita makan dekat steamboat and grill.. Kita kena panggang sendiri daging tersebut dan mengikut cerita rasa sendiri..

TTEOKBOKKI

via GIPHY

Dalam Bahasa Inggeris dipanggil Rice cake! Tteokbokki di perbuat daripada tepung beras.. Dan biasanya akan di makan dengan sos berperisa pedas, daging panggang dan telur rebus! Uish.. makan panas-panas sedap beb!

Selalunya kalau cakap pasal makanan Korea mesti orang ingat ramen je.. Apa kata kali ini #Lunagirls ajak your squad untuk cuba makanan dalam senarai tadi! Sedap tau girls.. Sekali cuba mesti nak lagi lepastu nyum nyum!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Eww! Salah Saiz Kasut Punca Kaki Berbau!

Penting Ke Celebrate Birthday Ni?