in ,

Makanan Korban Hari Raya Aidiladha!

Sumber gambar: http://viralscape.com/animal-facts/cow/

Bila Hari Raya tiba, selalu #Lunagirls akan fikir pasal apa? Kalau Zoe selalu fikir tentang makanan apa yang best nak makan. Woah! Bestnya makan! Dan waktu raya lah paling susah nak tahan nafsu makan, siapa yang tengah diet… hmm… semoga berjaya lah. LOL! 

PERIUK KERA

Sumber gambar: http://bebasnews.my/2019/06/01/lemang-periuk-kera-timbulkan-keresahan-pencinta-alam/

Lemang periuk kera? Ha, mesti tak ramai tahu tentang lemang yang satu ni kan? Biasa orang makan lemang yang dalam buluh sebatang tu kan? Untuk pengetahuan #Lunagirls semua, lemang periuk kera ini memang sedap! Dan boleh dimakan dengan pelbagai lauk seperti sambal tumis, rendang, kari dan lain-lain. Saiz dia pun comel tau dan korang tak perlu pun ambil pisau dan kena potong macam lemang yang biasa kita makan.

SUP TULANG

Sumber gambar: https://www.sislin76.com/2018/08/sup-tulang-daging-kurban-rebusan.html

Ini pun best dan paling selalu dimasak oleh semua ibu kita waktu Raya Haji. Ye lah, biasanya tulang daging korban orang masjid tak akan buang sebab korban punya bahagian sebab itu ia akan dibuat masak sup tulang. Woah sedapnya! Makan dengan nasi letak kicap memang on!

GULAI CINCANG

Sumber gambar: https://pergikuliner.com/restaurants/bandung/rm-padang-bu-mus-riau

Uish! Kecur air liur bila sebut gulai cincang. Dia punya lemak-lemak yang juicy memang yummy! Memang lain daripada yang lain, lagi sedap kalau gulai cincang ini dimasak ala masakan Minang, pedas dia layan habis!

DENDENG

Sumber gambar: https://www.veroathome.com/dendeng-balado/

Daging dendeng masak sambal pun amat layan, biasanya nak daging dendeng akan ambil masa nak masak kalau nak yang sedap tapi hidangan ini akan dihidang hari kedua hari raya lah. Ala, kan cuti sekolah seminggu! Boleh makan puas-puas! Hihi!

RENDANG

Sumber gambar: http://www.resepasia.com/recipe/rendang-sapi/1

Rendang pun termasuk makanan yang paling best dalam setiap raya kita. Tak kisah lah, Raya Aidil Fitri atau Raya Haji. Masak lah rendang secara rendang hijau atau rendang hitam. Dua-dua memang best kalau nak dengan lemang, nasi, pulut. 

Fuh! Rasa macam best saja kalau hari-hari hari raya. Ceh! Macam lagu Joe Flizzow pula. Walau apa pun, korang jangan makan banyak sangat raya nanti sebab nanti makan banyak malas belajar pula sebab kenyang sangat. No no no!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jangan Sedih Kalau Boyfriend Curang, Buat Je Macam Ni…

Nak Jalan Sendirian? Please Bawa Barang Ni