in ,

Makanan Best Deepavali Yang Boleh Share Dengan Kawan

Hidup di Malaysia yang harmoni sangat seronok! Sebab kita ada pelbagai bangsa, agama dan kaum yang membolehkan kit merasai keunikan dan perbezaan antara satu sama lain. Bila ada kepelbagaian itu kita akan dapat pengalaman untuk menyambut pelbagai perayaan dan meriuhkan lagi suasana perayaan dengan kawan-kawan kita, betul tak? Jadi bersempena sambutan Deepavali, kali ini LUNARIA nak kongsi dengan korang makanan best yang awa boleh makan sama-sama dengan kawan tak kisahlah semasa datang beraya di rumah kawan yang menyambut Deepavali atau pun semasa di sekolah sebab kebetulan pula musim peperiksaan pun jatuh selepas Deepavali.

IDLI

The States Man

Pernah dengar tak tentang idli? Kalau korang nak tahu idli merupakan kuih-muih tradisional kaum India dan ada juga jenis kuih yang mereka selalu hidangkan waktu perayaan Deepavali seperti sanna, rave atau sambar idli. Kebiasaannya idli akan dimakan semasa sarapan pagi sebagai makanan ringan nak alas perut sebelum beraya ke rumah saudara. Memang sedap kalau cicah dengan pudina+kari dan walaupun kecil saja saiznya korang boleh kenyang tau!

VADAI

Fas Kitchen

Ini bukan hujan badai tau! Ini vadai! Kalau korang nak tahu vadai ada dua versi iaitu paruppu vadai dan ulunthu vadai. Macam paruppu vadai biasanya mereka buat daripada kacang dal, hirisan cili hijau, daun kari, dan  bawang merah, kira macam pedas-pedas sikit rasanya. Ulunthu vadai pula diperbuat daripada tebung beras dan berbentuk roda dan berlubang di tengah dan biasanya dimakan sekali dengan chutney. Tapi vadai ini tak sesuai untuk mereka yang tengah diet sebab ia perlu digoreng dengan minyak yang banyak. Ala, tapi tengah raya-kan? Cheat day sekali sekala pun okay saja.

MURUKKU

Maps of India

Siapa saja yang tak kenal murukku? Betul tak? Murukku memang antara makanan ringan yang sangat digemari ramai orang dalam masyarakat kita. Selain nama marukku, ada juga chakli dan chakri. Murukku biasanya berbentuk bulatan atau berbentuk halus dan kalau makan memang crispy! Murukku juga dibuat menggunakan acuan khas dengan menekan tepung yang telah uli atau cara pemutaran yang mana siapa yang pro buat sedap-lah. Kerangupan murukku juga memang best sebab nak buat dia kena ada rasa rempah ratus yang sedikit pedas sebab nanti baru layan nak pergi raya Deepavali rumah kawan!

KATHI ROLL

Archanas Kitchen

Walaupun ia dalam kategori ala street food, ramai juga hidanga kathi roll waktu Deepavali sebab nak nampak lain daripada yang lain. Walaupun kathi roll rupanya seakan kebab ala Timur tengah tapi bezanya ialah roti yang digunakan. Untuk menyediakan hidangan ini, kathi roll menggunakan paratha jenis flat bread atau roti India yang rasanya manis itu. Fuh! Memang onz betul kalau makan! 

CHITTU URUNDAI

KMS Sweet

Chittu Urundai pula berbentuk bebola kecil dan sentiasa menjadi kuih tradisi semasa perayaan Deepavali. Dan yang penting, rasanya memang manis! Kalau korang nak tahu, chittu urundai ini diperbuat menggunakan tepung kacang hijau, kelapa parut, bijan hitam dan jaggery dan nanti ia akan digoreng dalam minyak sapi. Walaupun goreng minyak menggunakan minyak sapi, tapi rasa manis dia korang masih boleh rasa dan memang sedap! 

Mungkin ada antara korang yang pernah makan semua makanan tradisional sambutan Deepavali ini dan mungkin juga ada yang belum pernah langsung! Tak apa! Lepas ini korang boleh cuba dengan kawan-kawan lain okay! Lagi pun, semua makanan ini adalah makanan yang korang boleh dapat di kedai mamak yang pure juga. Kebanyakannya juga memang halalan thoiyiban gitu! Memang tak ada masalah untuk yang muslim nak makan. Lepas ini, bolehlah awak semua gilir-gilir dengan kawan-kawan yang agama, bangsa dan kaum lain, bila turn raya korang, ajak mereka datang rumah makan makanan tradisional awak pula. Woah! Bestnya!!! 

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ejen Ali Confused Nak Setia Atau Tidak..

Ada Cikgu Tak Suka? Ini Korang Perlu Buat!