in ,

Makan Tembikai Je Pun Boleh Kurus?

Sumber gambar: https://www.healthline.com/nutrition/watermelon-health-benefits

Kalau diet je mesti kena makan makanan sihat macam sayur-sayuran semua tu.. Tak ada ke makanan diet yang sedap?

via GIPHY

Siapa cakap tak ada? Actually ada je makanan diet yang sedap dan boleh turunkan berat badan kita iaitu dengan cara makan buah tembikai! Dah la tembikai tu manis, lagi la best bila dapat tahu rupa-rupanya ia boleh turunkan berat badan!

Buah tembikai memberikan extra tenaga dekat kita tau! Buah manis ni juga padat dengan nutrien dan mengandungi kandungan air yang banyak serta rendah kalori.. That’s why la buah tembikai sesuai digunakan sebagai makanan diet. Selain tu, tembikai juga ada vitamin yang tinggi, mineral dan kandungan antioksidan.

via GIPHY

Kebaikannya yang lain ialah dapat bantu kurangkan risiko obesiti, diabetes dan penyakit jantung. Cara diet buah tembikai ni hanya berkesan untuk mereka yang nak turunkan berat badan dalam masa yang singkat.. Senang je, #Lunagirls hanya perlu makan tembikai pada waktu pagi, tengahari dan malam. Ia akan kurangkan kandungan toksik berlebihan, garam dan kotoran lain dalam badan.

Tapi tak bermaksud korang tak perlu makan makanan lain juga tau! At least makan juga makanan yang lain, cuma dalam kuantiti yang sedikit. Jumlah pengambilan tembikai yang sesuai ialah 1:10 which is andai kata berat badan korang ialah 50kg, korang kena makan buah tembika sebanyak 6kg waktu tengah diet tu.

Overall, jumlah yang ideal ialah 150 kal sekali makan. Dalam tembikai ada kandungan air yang tinggi and for sure ia dapat bantu penambahan air dalam badan kita sepanjang hari.

Sumber gambar: https://www.foodandwine.com/recipes/watermelon-feta-and-charred-pepper-salad

Kalau nak cuba cara ni, #Lunagirls boleh buat dalam masa seminggu atau lima hari sahaja sebab kalau terlebih sangat, tak baik untuk kesihatan! Korang boleh juga letak potongan buah tembikai dalam salad yang dah dicampur dengan sayuran atau buah-buahan yang lain. Nak lagi best, buat jus tembikai! Wowww sedapnya kalau dapat minum waktu buka kejap lagi….

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

‘Scene’ Wajib Ada Di Bazar Ramadan!

Tukar Berus Makeup Sebelum Raya Please!