in , ,

Makan Sotong Kurita Hidup Buat Kita Mati?!

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=g8TYW8yLBM8
Sumber gambar: Lunaria.com

Euwhh! Serious la makan sotong kurita hidup hidup? Tak ada makanan lain ke yang boleh dimakan tu?

Jangan terkejut ya girls sebab memang ada orang yang suka makan sotong kurita hidup-hidup. Tapi sebenarnya korang macam gadaikan diri sebab ia boleh mendatangkan bahaya sampai membawa kepada kematian.

A few months ago, ada seorang vlogger dari China ni cuba untuk makan sotong kurita hidup, tapi dia berlengah-lengah sebab nak explain tentang sotong tu, end up sotong tu sedut bibir, kawasan mata dan muka wanita tu dengan gunakan sesungutnya. Kelam kabut la jadinya waktu tu.

Vlogger yang dikenali sebagai ‘seaside girl Little Seven’ tu panik gila sebab sesungut sotong tu sangat kuat sampai buatkan ada darah yang keluar dari kawasan yang disedut. Dah la waktu tu tengah live, nak pause video pun tak boleh sebab fikir pasal keselamatan diri.

Actually dekat beberapa negada termasuk Korea Selatan dan Jepun, sotong kurita ni antara makanan terkenal dekat sana lagi-lagi dimakan waktu masih mentah dan hidup. Tapi sebenarnya tiub s

otong tu boleh melekat dekat kerongkong dan buat korang lemas serta sesak nafas.

Kalau korang tak pandai nak makan sotong kurita hidup, better tak payah la sebab membahayakan diri. Cuma kalau ada rasa teringin, make sure perah dulu tantakel sotong tu secara ke bawah supaya lendir hanyir tu hilang. Potong dulu kecil-kecil kalau taknak meninggal disebabkan sotong kurita ya.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Euwh, Jijiknya Tengok Berus Gigi Ni!

Jangan Selalu Timbang Berat Kalau…