in ,

Makan Mee Segera Secara Sihat? Serious Legit!

Sumber gambar: says.com

via GIPHY

#Lunagirls, suka makan mee segera tak? Lebih lagi yang duduk asrama, selalu makan mee segera tak? Hihi! Ummi suka mee segera perisa Tom Yam! Sedap please! Bila lapar, tak tahu nak makan apa.. kita makan mee segera! Hehe! Tapi kita selalu dengar orang kata makan mee segera tak sihat, dan boleh jadi kurang bijak.. Hmm, korang rasa? Takpe, harini Ummi nak kongsikan resepi untuk buat mee segera jadi makanan lebih sihat!

KURANGKAN PERASA

Sumber Gambar: https://foodwatch.com.au/

Apa yang buatkan mee segera ini sedap ialah serbuk perasa! Selalunya kita akan masukkan sepekat serbuk perasa.. Tapi apa kata kali ni kita kurangkan sikit kuantiti perasa tu? Sebenarnya serbuk perasa kurang elok untuk kesihatan sebab tinggi kandungan MSG (Monosodium Glutamate). Lepas ni #Lunagirls kurangkan penggunaan serbuk perasa okay? Kalau kurangkan perasa, jangan lupa kurangkan air tau.. cair nanti mee segera korang! Huhu!

MASAK SEELOKNYA

via GIPHY

STOP!! Jangan celur atau rendam mee segera dalam air panas! Cara ini akan menyebabkan gangguan pencernaan tau! Kemungkinan untuk mengalami masalah sembelit sangat tinggi! Jadi lebih baik #Lunagirls masak dalam periuk atas dapur! Tak lama pun.. lebih kurang dua hingga tiga minit je sebelum angkat okay! Mesti mee akan lebih kenyal.. Mmmm! Sedapnya…

TAMBAH TOPPING

via GIPHY

Korang nak mee segera lebih sedap dan sihat? #Lunagirls boleh tambahkan topping! Seperti sayur, ayam atau daging dan telur! Bukan saja buat mee segera korang extra power, tapi ia juga menambahkan kandungan protein and vitami!. Ha! Lebih sedap dan hati pun senang sebab kenyang! Psst, korang nak tambah seafood pun boleh!

JANGAN TERLALU KERAP

Sumber Gambar: https://iluminasi.com

Tapi girls, kalau boleh jangan makan terlalu kerap ya? Mee segera mengandungi karbohidrat yang tinggi dan tidak mempunyai zat yang diperlukan oleh badan kita.. Lagi satu, kalau boleh jangan makan sebelum tidur sebab mee segera ini dibuat daripada tepung, yang akan bertukar menjadi gula! Itu yang akan buat kita mudah sembelit! Kalau teringin, baru makan okay?

Bagi #Lunagirls yang memang big fans of mee segera macam Ummi, korang boleh cuba cara-cara yang Ummi kongsikan! Ingat tau, jangan makan selalu.. Kita kenalah sayangi kesihatan diri kita, kalau tak jaga nanti belum tua dah sakit itu ini. No, no girls! Okay, sekarang Ummi nak pergi makan mee segera! Hihi!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dah 2019, Still Tak Tahu Tentang Apps Ni? #Noob

Baju Lubang Jangan Buang.. Kita Tampal Je!