in ,

Makan Banyak Sayur Pun Boleh Bahayakan Kesihatan?😱

Sumber gambar: https://www.medicalnewstoday.com/articles/320302.php

Kata kena makan sayur elok untuk kesihatan. Tapi kenapa boleh ada sayur yang boleh jejaskan kesihatan pula?

Haaa, jangan terkejut ya girls sebab memang ada certain sayuran yang tak digalakan diambil terlalu banyak sebab boleh menjejaskan kesihatan kita. Jom kita tengok sikit sayuran apa agaknya ya tu…

KIMCHI

Sumber gambar: https://www.koreanbapsang.com/vegan-kimchi/

Macam yang korang tahu, kimchi ialah makanan dari Korea yang senang didapati dekat negara kita. Memang ada banyak khasiat dalam kimchi, antaranya vitamin A, C dan baik untuk usus. Waktu nak hasilkan kimchi, akan diletakkan garam untuk make sure kimchi bertahan lebih lama. So kalau korang asyik makan je, tak mustahil akan dapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.. Tak salah nak makan, tapi sentiasa beringat okay #Lunagirls?

KACANG SOYA

Sumber gambar: http://www.islamituindah.com.my/2017/01/doktor-ini-dedah-betapa-bahaya-air.html

Kacang soya dapat hasilkan banyak benda. Antaranya kicap, tau fu fa dan macam-macam lagi. Tapi kalau over consume takut terkena penyakit anemia dan kekurangan zat besi. At the same time boleh menyebabkan kita dapat kanser rahim kalau tak dikawal pengambilannya. Be careful girls.

BAYAM

via GIPHY

Bayam sangat kaya dengan antioksidan dan zat besi yang boleh cegah anemia tapi tak bermaksud korang boleh makan bayam berlebihan. Ia akan menyebabkan pembentukan batu ginjal even kita dah masak bayam tu berejam lamanya. Bukan tu je, lama kelamaan nanti otot pun akan jadi lemah bila dah berusia.

BROKOLI

via GIPHY

Biasanya brokoli ni jadi favorite kanak-kanak yang tengah berjinak-jinak nak makan sayur sebab ia mampu kurangkan risiko kanser dan penyakit jantung. Tapi ada bahaya sebalik brokoli ni which is akan buat kendungan tiroid dalam badan jadi lemah. Tak salah nak makan cuma jangan terlampau berlebihan.

Eheemmm, lepas ni boleh la bagi alasan dekat mak korang kalau taknak makan sayur, hehe! Ehh, jangan macam tu ya. Makan sayur tetap kena makan, cuma dalam kuantiti yang terkawal la ya.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tangan Kidal? Korang Kena Tahu Ni..

Asyik Nak Tipu Je, Susah Ke Nak Jujur? 😒